Cara Mencegah Diabetes

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darap menghampiri normal. Jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi. Ini boleh di capai dengan kaeadah seperti berikut :

Mengawal pengambilan makanan

🩸Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah

Melakukan Senaman FIzikal

🩸Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubatan

🩸Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin.

🩸Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Anda juga boleh menjaga diri anda sendiri daripada awal seperti penjagaan secara umum dan mengawasi diri supaya tidak berlaku komplikasi yang lebih teruk :

Penjagaan Umum

Penjagaan Kulit

🤚Mandi setiap hari
🤚Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
🤚Merawat luka dan calar dengan segera
🤚Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 – 3 hari.

Penjagaan Kaki

🦶Basuh kaki setiap hari
🦶Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
🦶Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
🦶Potong kuku jari kaki secara lurus
🦶Tukar stokin anda setiap hari
🦶Jangan berjalan tanpa kasut di luar rumah
🦶Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.

Mengawasi Diri Sendiri

👣Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes

🦷Penjagaan gigi

👁Kerap menjalani pemeriksaan mata

🥃Mengelakkan minuman keras

💨Berhenti merokok

PENAFIAN: Bahan info diatas adalah untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3