Cara Mandi Wajib Betul & Ringkas | Sumber JAKIM


Disini dikongsikan cara mandi wajib ringkas atau mandi junub yang betul menurut JAKIM.

Mandi wajib adalah wajib bagi seorang lelaki muslim atau perempuan muslimah bagi membersihkan dirinya daripada hadas besar seperti hadi.


Haram bagi seorang muslim yang belum mandi wajib untuk mengerjakan solat.

Baca juga mengenai cara solat sunat dhuha yang betul mengikut JAKIM.

Rukun Mandi Wajib

Ada 2 rukun mandi wajib, iaitu :


  • Niat mandi wajib
  • Ratakan air ke seluruh tubuh anggota badan yang zahir

Niat Mandi Wajib

Di bawah adalah niat-niat untuk mandi wajib hadas besar (umum) dan niat mandi wajib selepas haid.

Niat Mandi Wajib Rumi & Jawi (Hadas Besar)

nait mandi wajib rumi dan jawi

Niat Rumi :

Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.


Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

Niat Mandi Wajib Selepas Haid

Niat mandi wajib haid

Niat Rumi :

Nawaitu ghusla ‘anil haidhi lillahi ta’ala.


Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”

Bila Perlu Mandi Wajib

Anda wajib mandi wajib jika anda melakukan salah satu perkara di bawah :

  • Ejakulasi (keluar air mani)
  • Bersetubuh
  • Selepas haid / nifas
  • Apabila orang kafir masuk Islam
  • Kematian

Cara Mandi Wajib

Berikut adalah ringkasan mandi wajib yang betul rujukan daripada JAKIM.


  1. Niat bila air sampai ke badan.
  2. Membaca “Bismillah”.
  3. Basuh tangan tiga kali.
  4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  5. Bersihkan tangan kiri dengan sabun
  6. Ambil wuduk seperti yang biasa dilakukan sebelum solat, atau boleh tangguhkan membasuh kaki selepas selesai mandi.
  7. Basuh kepala dengan mengusap rambut secara rata dan siram kepala 3 kali dengan air. Bagi perempuan yang mandi haid atau mandi junub, hendaklah ditanggalkan ikatan rambut.
  8. Mulakan dengan bahagian kanan badan.
  9. Sapukan air ke seluruh badan.
  10. Berwuduk jika ingin menunaikan solat fardhu.

Baca juga pasal niat puasa Ramadhan.

Video Cara Mudah Mandi Wajib

Anda juga boleh menonton video Ustaz Azhar Idrus tentang mandi wajib yang betul bagi lelaki dan perempuan.

Maklumat Penting

  • Jika terdapat najis pada badan, maka wajib mencuci najis tersebut terlebih dahulu.
  • Perbezaan antara mandi wajib dan mandi sunat hanyalah pada niat. Kaedah mandi adalah sama.
  • Mandi junub boleh disertakan dengan mandian sunat sekali.
  • Setelah selesai mandi hadas besar, tidak lagi wajib berwuduk ketika hendak mengerjakan solat, dengan syarat tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk ketika mandi.
[sc_fs_multi_faq headline-0=”h4″ question-0=”Apakah hukum mandi wajib selepas bersetubuh?” answer-0=”Wajib untuk anda melakukan mandi wajib jika keluar air mani.” image-0=”” headline-1=”h4″ question-1=”Perlu ke baca doa selepas mandi hadas wajib?” answer-1=”Selepas mandi wajib boleh sahaja terus keluar. Disunatkan berdoa selepas keluar bilik air.” image-1=”” count=”2″ html=”true” css_class=””]

 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3