Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata


Kanak – kanak mempunyai banyak personaliti sama seperti orang dewasa tetapi mereka memerlukan lebih kesabaran kerana masih tidak mengerti tentang baik atau buruknya perbuatan mereka.

Terkadang sikap kanak- kanak membuatkan ibu bapa tidak dapat menahan sabar kerana tidak mampu mengawal keadaan dala keadaan anak-anak yang sedang membesar.

Pendidikan awal adalah sangat penting agar anak tidak terus bersikap yang tidak benar sehingga tidak dapat dikawal . Selain daripada pendidikan secara psikologi ,  terdapat beberapa cara dalam mendidik anak – anak agar lebih dekat dengan ibu bapa dan membentuk akhlak anak-anak.

Perkongsian ini dikatakan paling mudah untuk dipraktikkan dan boleh diamalkan secara langsung dalam kehidupan harian agar keluarga lebih bahagia dan tenang . Ini perkongsian daripada Nadia Bakar di facebook miliknya.

 

Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata 1

 

“Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?”

“Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.”

 

Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata 2

Sikat Rambut Anak


“Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.”

“Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa lihat kedalam cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.”

“Ya Allah, cantikkanlah akhlak (nama anak) yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”. Anak-anak pun aminkan.”

Selepas sikat , cium pipi dan dahi anak – anak sambil meluahkan rasa syukur dan gembira tentang kehadiran mereka.  Malah jangan segan untuk suarakan yang anda bangga dan teruja atas apa-apa kejayaan mereka hari tersebut , puji dan katakan yang anda suka bile anak berkelakuan baik seperti itu.

Panggil anak dengan nama manja dan lembutkan serta perlahanya semasa berbicara dan memuji agar anak lebih senang dengan perkataan yang dilontarkan kepadanya.

BACA INI JUGA  : 5 Tempat Makan Popular Di Janda Baik

Usap kepala dan peluk anak untuk rasa yang lebih tenang dan jangan lupe berikan senyuman paling manis apabila memuji anak – anak biar mereka percaya yang kita sememangnya merasa bahagia kerana sikapnya yang menyenangkan hati.

“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam (nama anak) ni.”

“Bagus ( nama anak )  rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”

Malah suami juga perlu turut memainkan peranan dan sama-sama melakukan perkara tersebut apabila menyikat rambut anak-anak.

Maka akan nampaklah kesannya apabila selalu diamalkan. Anak akan lebih rapat dan manja dengan ibu bapa.  Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian.

Marilah  bersama-sama mengamalkan perkara ini kepada anak-anak kita. Semoga dengan cara dan doa yang mudah ini, walaupun hanya dengan aktiviti menyikat rambut sahaja , anak-anak akan menjadi anak yang lebih terdidik dan berakhlak mulia.

Usaha dan tawakal adalah lebih penting daripada tidak langsung mencuba apa-apa.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3