Nasi adalah makanan utama dalam menu rakyat Malaysia dan pengambilan nasi adalah terbanyak berbanding makanan lain kerana ianya mempu memberikan rasa kenyang yang lama dan mudah di dadapati.
Namun, kalori dalam nasi yang tinggi menyebabkan orang ramai meragukan pengambilan nasi yang dikatakan menjadi punca kegemukkan dan sentiasa dijauhi oleh golongan yang sedang berdiet.
Nasi adalah sumber karbohidrat yang utama dalam menu makanan seharian. Malah nasi disediakan dengan pelbagai cara untuk mempelbagaikan resepi yang mana ianya juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sememangnya sangat menyukai nasi.
Terdapat satu perkongsian yang boleh mengurangkan kandungan kalori di dalam nasi dan bole dipraktikkan oleh golongan yang mahu berdiet atau tidak.
3 cara yang perlu dilakukan :
1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih.
2. Kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.
3. Sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan.
Sekdar Info :
Cara ini boleh mengurangkan kandungan kalori di dalam nasi putih dan ianya akan turun sehingga 60%. Makanya nasi boleh diambil tanpa merasa ragu namun masih perlu diperhatikan supaya tidak diambil berlebihan sehingga boleh menyebabkan obesiti berlebihan.
Malah cara ini mamou meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding memasak nasi dengan cara biasa.