Cara Kira BMI

Home » Kesihatan » Cara Kira BMI

Apa itu BMI? BMi ataupun Indeks jisim badan idalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian. Ia merupakan kaedah pemeriksaan yang mudah untuk kategori berat badan iaitu berat badan rendah, berat badan sihat, berat badan berlebihan dan obesiti.

BMI tidak mengukur lemak badan secara langsung tetapi ia berkolerasi secara sederhana dengan ukuran lemak badan secara lebih langsung. Tambahan pula BMI juga sangat berkolerasi dengan pelbagai hasil metabolik dan penyakit seperti ukuran lemak badan secara lebih langsung.

Bagaimana BMI Digunakan

BMI boleh dijadikan alat penyaringan tetapi tidak mendiagnosis lemak badan atau kesihatan tubuh seseorang. Untuk menentukan sama ada BMI mempunyai risiko badan, penyedia perkhidmatan kesihatan akan melakukan penilaian yang lebih lanjut. Penilai tersebut merangkumi ukuran ketebalan lipatan kulit, penilaian diet, aktiviti fizikal dan sejarah keluarga.

Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser dan darah tinggi.

Namun begitu, mencapai dan mengekalkan berat badan unggul melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang tetap boleh membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

Cara Kira BMI

Untuk mengira indek jisim badan (BMI) ini, ia boleh dibuat dengan menggunakan kaedah pengiraan sahaja iaitu berat dalam kilogram dibahagi dengan tinggi dalam meter kuasa dua. Berikut ialah formula pengiraan BMi :

Berapa BMI Yang Sihat Dan Normal

Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran lemak badan berdasarkan tinggi dan berat badan yang berlaku untuk lelaki dan wanita dewasa. Berikut ialah klasifikasi BMI :

Di atas ialah perkongsian tentang indek jisim badan (BMI) yang boleh dibuat pengiraan untuk mengetahui klasifikasi BMI badan kita sama ada normal atau tidak. Untuk mendapatkan pengiraan dan klasifikasi BMI yang normal, jagalah pemakanan anda supaya tidak mengalami obesiti atau kurang berat badan.

Sumber : https://www.cdc.gov/

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini hanyalah tutorial dan ringkasan yang related dengan “Cara Kira BMI” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!