Berikut adalah cara kemaskini permohonan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) untuk kategori isi rumah & bujang.
Bagi mereka yang masih belum buat permohonan atau maklumat anda tiada dalam sistem, sila buat permohonan baru. Bagi pemohon yang hanya ingin menukar maklumat peribadi dalam sistem pula, sila kemaskini (update) maklumat terkini anda dalam sistem.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Tarikh Kemaskini BKM
Permohonan baru dan kemaskini maklumat kini telah dibuka bermula pada 1 hingga 31 Januari 2022.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Info Kemaskini Permohonan
Untuk penerima sedia ada yang pernah dapat BPR 2021 & BKC, jika ada perubahan maklumat seperti berikut :
- Status Perkahwinan
- Bilangan Anak
- Jumlah Pendapatan
Sila muatnaik (upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut :
- Status Perkahwinan = Sijil Nikah/ Cerai
- Bilangan Anak = Sijil Lahir Anak
- Jumlah Pendapatan = Isikan Jumlah Pendapatan Baru.
Bagi anda yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat pula, sila login untuk pastikan permohonan ada sudah ada dan telah diterima di dalam sistem bantuan kerajaan yang baru (BKM) ini.
Untuk pendaftaran bantuan kategori bujang, anda boleh rujuk cara mohon BKM bujang di dalam artikel tersebut.
Panduan Kemaskini BKM
1. Pergi ke pautan berikut :https://bkm.hasil.gov.my/
2. Klik pada Permohonan Baharu untuk daftar atau tekan Log Masuk BKM jika ingin kemaskini permohonan.
3. Kemudian, klik pada Kemaskini Permohonan.
4. Masukkan Nombor IC Kad Pengenalan anda & tekan butang Semak.
5. Isi setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) & klik butang Teruskan.
6. Seterusnya, isi Kod Captcha & tekan Sahkan Captcha.
7. Sila tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.
8. Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk buat permohonan secara manual, perkhidmatan kaunter BKM LHDN telah dibuka untuk sesi permohonan dan juga kemaskini MyBKM 2022.
Tetapi pemohon disarankan untuk buat semakan BKM secara dalam talian (online). Jika maklumat anda tiada dalam rekod BKM & permohonan anda tidak tepati syarat kelayakan, sila buat permohonan yang baru segera.
Anda boleh rujuk MyBKM di sini untuk semakan lanjut.