Masalah kencing malam sentiasa menjadi isu apabila anak sudah besar dan terkadang tidak selesa apabila memakai lampin pakai buang malah ada juga ibu bapa yang sengaja mahu mencuba untu tidak memakaikan lampin pakai buang supaya anak belajar untuk kencing di tandas.
Pelbagai cara telah dikongsikan dan diamalkan bagi memudahkan perkara ini namun terkadang ianya hanya sia -sia malah menyukarkan tugasan harian ibu bapa yang terpaksa membasuh dan mmbersihkan tempat kencing tersebut.
Tempat tidur akan terdedah kepada najis dan menyebabkan persekitaran jadi kotor dan tidak hygiene lagi malah memberikan tugasan lebih kepada ibu yang berkerjaya kerana banyak masa dihabiskan hanya kerana tilam atau toto basah.
Kencing malam atau ‘bedwetting’ adalah perkara yang tidak disengajakan pada waktu malam. Menurut kajian, masalah kencing malam atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak .
Ia biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Namun jika tabiat ini masih lagi berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia sudah menjadi satu penyakit yang seharusnya dirawat kerana bimbang ianya memepunyai kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Namun daripada segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti, ia dinamakan sebagai primary enuresis dan ianya normal.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali misalnya disiang harinya dia bermain terlalu aktif, ia dinamakan secondary enuresis.
Apabila berdepan dengan masalah ini terdapat beberaspa cara untuk mengatasinya iaitu :
Kencing Sebelum Tidur
Sekiranya anak kita sering kencing malam, sebelum tidur ajaklah dan pujuk anak untuk kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
Biasakan dia dengan peraturan ini maka lama kelamaan anak – anak terbiasa dan menjadi rutinnya setiap hari .
Sapukan Minyak Angin
Selepas itu sapukanlah sedikit minyak angin atau apa-apa minyak yang dirasakan sesuai seperti minyak gamat atau yuyi yang mampu memberikan keselesaan pda kanak-kanak.
Sapulah di bahagian ari-ari dan bawah perut. Urut lembut kawasan ini supaya urat tidak kembang dan sapukan juga pada dibahagian tapak kaki anak supaya lebih panas dan buat dia selesa sepanjang malam.
Makan Sesudu Madu
Sebelum tidur berikan anak makan satu sudu kecil madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon yanga mana ianya juga boleh diamalkan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Cara ini dapat membantu anak daripada kencing setiap malam.
Ambil Perhatian
Jika anak kecil terlihat tidak selesa semasa sedang tidur maka tanyakan adakah dia mahu kencing atau kehausan kerana terkadang kanak – kanak takut atau tidak selelsa untuk mengajak orang dewasa ketandas pada waktu malam . Kanak – kanak akan lebih terbuka dan senang untuk ketandas apabila orang dewasa mengambil berat apabila diberikan perhatian seperti itu.