Cara Hilangkan Kontak Kasual di Aplikasi MySejahtera

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia.

MySejahtera membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Baca juga:

Status Kontak Kasual:


Kontak kasual ini terjadi apabila anda masuk atau check-in di premis yang pernah dimasuki orang yang bergejala mahupon positif sebelum ini.

Tindakan Jika Kontak Kasual:


Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat jika MySejahtera anda berstatus Kontak Kasual:

  1. Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem MySejahtera selama 5-10 hari.
  2. Tidak perlu melakukan ujian swab test RTK mahupun PCR.
  3. Tidak kuarantin.
  4. Boleh hadir ke PPV untuk tujuan vaksinasi.

Cara Hilangkan Status Kontak Rapat:


Berikut adalah langkah-langkah nya:

1. MySejahtera:

Langkah 1: Buka aplikasi MySejahtera.

Langkah 2: Klik button close pada bahagian kanan atas

Langkah 3: Klik pada covid 19 status

Langkah 4: Jawab semua soalan tentang Covid-19

Langkah 5: Klik refresh.

2. Helpdesk:

Langkah 1: Buka Helpdesk MySejahtera.

Langkah 2: Klik helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru.

Langkah 3: Pilih pilihan soalan mengenai kategori risiko.

Langkah 4: Dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilaian kesihatan. 

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian  03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3