Cara Hilangkan Eyebag Dengan Bahan Semulajadi


Lingkaran gelap bawah mata seperti panda boleh membuatkan wajah kelihatan tua dan kusam. Malah ianya sukar untuk dilenyapkan walaupaun dengan makeup yang tebal sehingga nampak bertampok pada bahagian mata.

Kesan hitam bawah mata menjadikan individu merasa rendah diri dan tidak yakin berhadapan dengan orang ramai kerana sering ditanya tentang perkara tersebut sehingga merasa tertekan.

Lingkaran dan lebam bawah mata terjadi disebabkan oleh masa tidur yang tidak menentu serta selalu berjaga pada waktu malam adalah salah satu faktor utama terjadinya eyebag.

Terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat eyebag yang teruk ini dan ianya ternyata berkesan apabila dilakukan sebagai rutin harian .

 

7 penyebab kantung mata menjadi bengkak dan hitam.

1. Tidur yang terganggu
2. Tidur yang berlebihan
3. Tertekan (Stress)
4. Terlalu penat
5. Mengalami kegatalan pada bahagian mata dan kawasan
kulit
6. Kulit sensitif pada bahan-bahan kosmetik
7. Penuaan (Aging)

 

Cara menghilangkan lingkaran hitam dengan bahan-bahan semulajadi

1. Aloe vera
Ramai yang tidak tahu bahawa daun lidah buaya (Aloe vera) boleh memberikan kelembapan kepada struktur kulit. Daun lidah buaya juga kaya dengan khasiat serta dapat membuat kawasan sensitif bertukar menjadi lebih sihat.

Gunakan daun lidah buaya yang masih segar dan dengan mengunakan kapas lembut sapukan lendiran lidah buaya tadi pada bahagiab di bawah lingkaran mata . Lalu urutkan kawasan berkenaan selama beberapa saat .

Biarkan gel lidah buaya selama 10 himgga 12 minit. Selepas itu cuci gel-gel tadi dengan mengunakan kapas yang lembap. Anda boleh saja ulangi rutin ini sebanyak sekali dalam sehari. Sebaik – baiknya gunakan pada waktu sebelum tidur.

2. Cuka Epal
Kandungan vitamin, mineral dan juga enzim yang terdapat di dalam cuka epal boleh memberikan kesegaran dibawah lingkaran mata. Hanya memakan masa beberapa hari lingkaran hitam pasti akan hilang dan tidak akan kembali lagi.

Caranya lebih kurang sama dengan mengunakan aloe vera. Hanya mengunakan cotton buds dan sedikit cecair cuka epal. Oleskan cuka epal tadi dikawasan lingkaran hitam bawah mata dan biarkan hingga kering.

Ulangi rutin rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Semasa menyapukan cecair cuka epal ke kawasan bawah mata, lakukan dengan berhati-hati kerana bimbang terkena pada bahagian mata.

Sekiranya terkena pada mata, cuci bahagian yang terkena cuka epal tadi dengan air bersih.

3. Timun
Timun sangat kaya dengan khasiatnya dan ianya sangat sesuai untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Timun juga mempunyai banyak antioksidan seperti orientin, vitexin serta cucurbitacin yang membantu untuk melenyapkan eyebag.

Cuma hiriskan timun menjadi hirisan yang nipis . Kemudian letakkan selama 30 minit di dalam peti sejuk beku. Selepas itu ambil 2 kepingan timun tadi dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan selama 10 minit sebelum membilas dengan mengunakan air bersih.

4. Tomato
Hanya perlukan 1 sudu jus tomato dan  1 sudu jus lemon. Gabungkan kedua-dua jus tadi kemudian sapukan dikawasan lingkaran gelap yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan bilas mengunakan air yang bersih. Ulang rutin rawatan ini setiap hari selama 2 hingga 3 minggu sehingga lingkaran bawah mata betul-betul hilang.

5. Uncang teh hijau
Cuma perlu celupkan uncang teh hijau ke dalam peti sejuk beku dan biarkan selama 2 hingga 5 minit sampai betul-betul sejuk. Kemudian letakkan uncang tadi dibahagian mata dan biarkan selama 15 minit.

Ulang rawatan tadi setiap hari sehingga anda lihat kesannya di bahagian mata.

Lingkaran hitam dibawah mata adalah akibat dari salur darah yang semakin membesar. Uncang teh hijau boleh membantu menghilangkan masalah itu. Ia boleh mengurangkan salur darah yang membesar serta lingkaran hitam akan hilang sikit demi sedikit. Selepas mengamalkan kaedah tersebut mata anda akan nampak lebih segar dan bermaya.

6. Madu
Cuma sapukan madu dikawasan yang bermsalah. Biarkan madu meresap selama 15 hingga 20 minit sebelum membersihkannya. Ulangi rawatan tadi sebanyak dua kali sehari.

Madu juga mempunyai banyak khasiat dan juga sumber antioksidan yang mengandungi pelembap. Pada masa yang sama madu boleh membantu memberikan kelembapan serta kelembutan pada kulit. Tanpa anda sedari lingkaran hitam bawah mata juga akan hilang.

7. Lemon
Khasiat lemon bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata juga sangat penting. Jus lemon juga memainkan peranan penting dalam mencerahkan kulit. Lemon sangat kaya dengan vitamin C. Antioksidan yang terkandung di dalam lemon juga boleh memulih dan mengembalikan kesegaran kulit. Pada masa yang sama ia boleh memutihkan juga.

Amalkan rawatan ini sebanyak dua kali sehari. Sapukan jus daripada lemon tadi ke bahagian bawah mata. Biarkan kering sehingga 10 minit sebelum membersihkannya dengan air bersih. Jangan ketinggalan untuk sapukan moisturizer pada bahagian kulit agar kulit tidak terlalu kering.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3