Memasaka nasi sekarang sudah tidak lagi menggunakan periuk biasa malah bubu rjuga dimasak dengan periuk tekanan untuk memudahkan urusan dan tidak mahu mennyebabkan nasi hangus dan dibuang sehingga membazir.
Masalah juga sering terjadi jika nasi atau bubur dimasak dalam kuantiti yang banyak dan dimasak dengan menggunakan periuk biasa.
Senungguhnya makanan yang sudah hangus akan mengeluarkan bau yang kuat dan menyebabkan makanan tersebut juga turut merasa tidak enak.
Terdapat beberapa cara yang bole dicuba bagi mengelakkan pembaziran dan masa yang telah digunakan untuk memasak.
Tetapi cara ini harus dilakukan ketika nasi masih panas dan lakukan dengan segera maka ianya pasti akan berjaya.
1) Gunakan Cili Padi / Cili kering
Ketika nasi masih panas , ambil satu atau dua biji cili padi dan buang tangkainya. Bersihkan lalu masukkan ke di dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Hasilnya bau nasi hangus akan menjadi berkurangan.
2) Gunakan Kentang
Ambil sebiji kentang dan belah menjadi empat bahagian. Letakkan ke dalam nasi yang msih panas dan tutup periuknya. Biarkan seketika dan keluarkannya. Hasilnya bau hangit akan diserap oleh kentang tersebut dan nasi boleh dimakan tanpa meninggalkan bau yang kurang enak.
3 ) Gunakan Daun Pandan
Ambil beberapa helai daun pandan , bersihkan dan simpulkan .Kemudian letakkan dalam periuk nasi dibahagian tengah periuk . Nasi bukan sahaja tidak bnerbau hangus malah baunya menjadi lebih harum dan enak.