Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online


Cara dapatkan sijil SPM hilang secara online dengan mudah. Jika sijil SPM (Sijil Pepeperiksaan Malaysia) anda tercicir atau hilang, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya secara online sahaja.

Baca juga mengenai semakan keputusan peperiksaan SAPS 2022.

Perkhidmatan ini telahpun dibuka dalam talian sejak 1 Februari 2021.


Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online

Di bawah ialah cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan :

  1. Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  2. Tekan bahagian Perkhidmatan.
  3. Pilih Salinan Keputusan.
  4. Kemudian anda boleh memilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  5. Isikan No. Kad Pengenalan Anda.
  6. Tekan Papar Borang Permohonan.
  7. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan
  8. Tekan MOHON.
  9. Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama.

*Caj akan dikenakan untuk setiap permintaan untuk salinan keputusan dan terjemahan.

Tempoh Pengeluaran Salinan

Di bawah dikongsikan tempoh untuk mengeluarkan salinan penyata dan terjemahan setiap sijil :


  • SPM pada/ selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
  • SPM pada/ sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  • PMR pada/ selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
  • PMR pada/ sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  • Peperiksaan lain (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, dll.) – tujuh (7) hari bekerja.

Info Tambahan

Jika anda ada masalah dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Soalan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3