Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
Jenis Sektor Pekerjaan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mendaftar Perkeso adalah seperti berikut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Warganegara Malaysia / permaustautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi yang ingin mendaftar Perkeso untuk diri sendiri anda perlu serta dokumen yang diperlukan seperti di bawah :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih
Cara Bayar Caruman
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu :
- Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
- Kaedah online melalui online banking di matrix.perkeso.gov.my (pilih butang ‘bantuan’ untuk panduan)
- Pembayaran caruman boleh dibuat secara tahunan atau bulanan
Jadual Caruman Perkeso Kerja Sendiri (Pilihan)
Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah :
- Pelan 1
a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 1,050
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 13.10
c) Byaran Caruman Setahun : RM 157.20 - Pelan 2
a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 1,550
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 19.40
c) Byaran Caruman Setahun : RM 232.80 - Pelan 3
a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 2,950
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 36.90
c) Byaran Caruman Setahun : RM 442.80 - Pelan 4
a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 3,950
b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 49.40
c) Byaran Caruman Setahun : RM 592.80
Faedah Yang Dapat
Jika anda membuat caruman Perkeso, terdapat beberapa faedah yang boleh anda terima iaitu :
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah Hilang Upaya Akal
- Faedah Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Orang Tanggungan
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
- Faedah Pendidikan
Faedah Perubatan
- Rawatan perubatan secara pervuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri
- Membuat tuntutan bayaran ganti kos rawatan di Pejabat PERKESO
Faedah Hilang Upaya Sementara
- Faedah ini akan dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekeraan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangn
- Perlu kemukan sijil cuti sakit
- Kadar bayaran RM30.00 – RM 105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih
Faedah Hilang Upaya Kekal
- Faedah ini adalah untuk orang yang hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit
- Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
- Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
= (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
= RM210,290.10
Elaun Layanan Sentiasa
- Elaun ini akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya akibat bencana pekerjaan sendiri sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain
- Elaun bulanan adalah sebanyak RM500.00
Faedah Orang Tanggungan
- Faedah ini akan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri
- Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
- Orang Tanggung yang layak ialah Balu atau Duda dan anak yang berumur di bawah 21 tahun. Jika tiada balu, duda atau anak, orang tanggungannya ialah :
– Ibu atau bapa; atau
– Adik-beradik berumur dibawah 21 tahun; atau
– Datuk nenek - Faedah sepenjang hayat akan diterima oleh duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek
- Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
Berikut contoh pengiraan Bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak
- Pelan 1
a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,050
b) Pencen Bulanan : RM 1,050 X 90% = RM 945.00 - Pelan 2
a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,550
b) Pencen Bulanan : RM 1,550 X 90% = RM 1,395.00 - Pelan 3
a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 2,950
b) Pencen Bulanan : RM 2,950 X 90% = RM 2,655.00 - Pelan 4
a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 3,950
b) Pencen Bulanan : RM 3.950 X 90% = RM 3,555.00
Faedah Pengurusan Mayat
- Faedah ini akan dibayar sebanyak RM2,000 kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya
Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Vokasional
- Kemudahan ini akan diberi secara percuma
- Pemulihan jasmani adalah seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain
- Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain
Faedah Pendidikan
- Faedah pendidikan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi Orang Berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan
Cara Mohon
Apa itu MATRIX?
MATRIX ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL). Ia membenarkan Pekerja Sendiri untuk mendaftar dan menyemak status caruman mereka, dan membenarkan Pekerja Sendiri untuk membuat caruman dan pembayaran atas talian.
Siapakah yang layak mendaftar akaun MATRIX?
Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap yang menjalankan pekerjaan sendiri dengan tujuan menjana pendapatan tanpa mengira had umur.
Bagi yang ingin membuat permohonan anda boleh mengikuti langkah berikut :
Langkah 1 : Log Masuk di laman web MATRIX
Langkah 2 : Anda perlu mendaftar / sign up dahulu jika anda belum mendaftar akaun
Langkah 3 : Langkah seterusnya anda boleh rujuk Panduan Daftar (Panduan Daftar)
Sumber asal : https://matrix.perkeso.gov.my/public/se/info