MySPP ialah satu platform yang baharu dimana ia merupakan sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan dan pengguna boleh membuat permohonan untuk jawatan pekerjaan melalui sistem ini. Ketahui cara daftar MySPP yang betul untuk membolehkan anda mendapatkan jawatan yang anda inginkan.
MySPP ini akan memberikan paparan dan fungsi terbaik dengan menggunakan versi-versi tertentu, anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda untuk menggunakan mySPP ini.
Baca perkongsian Portal Malaysia dibawah untuk maklumat yang lebih terperinci cara menggunakan mySPP :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Daftar MySPP
Bagi anda yang ingin membuat permohonan jawatan anggota perhidmatan pendidikan dan ingin membuat pendaftaran di MySPP ikuti cara di bawah yang kami kongsikan :
- Sila ke portal rasmi mySPP (https://myspp.spp.gov.my/).
- MyID ialah no kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi MySPP walaupun anda sudah berdaftar dengan Portal JobsMalaysia.
- Selepas mendaftar menggunakan MyID, pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temuduga.
- Setelah anda membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP. Anda boleh buat semakan di Portal Semakan Permohonan Jawatan SPP
- Jika terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran di mySPP anda boleh log masuk ke mySPP dan kemaskini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon
- Sekiranya anda tersalah memasukkan no Kad pengenalan jika telah membuat pendaftaran MyID, anda perlu salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP
- Jika semasa anda mendaftar akaun baharu dan terdapat mesej yang dipaparkan dengan “Harap maaf! MyID telah wujud” ini bermakna anda telah membuat pendaftaran myID dan myID boleh didaftar sekali sahaja. Jika ini berlaku, anda perlu klik pautan “LUPA KATA LALUAN” dan ikuti arahan pada skrin bagi menetapkan semula kata laluan akaun yang telah didaftarkan
- Pendaftaran akaun tidak boleh dibatalkan dan ia hanya boleh kemaskini
Baca Juga : Jawatan Kosong SPP
Maklumat Lain MySpp
- Jika anda membuat permohonan jawatan baharu, permohonan yang terdahulu terbatal. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan
- Jika anda ada permohonan yang terdahulu, maka permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. . Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi
- Jika anda telah tersilap masukkan maklumat semasa permohonan dan telah menghantar permohonan beberapa hari lepas, anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini
- Jika anda hendak melanjutkan tempoh permohonan, anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik simpan dan hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses
- Jika anda tidak menjumpai Maklumat Akademik mySPP bagi senarai akademik anda. Sila semak terlebih dahulu adakah keputusan anda diiktiraf untuk lantikan perkhidmatan awam di Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSISRAF)
Sekiranya diiktiraf, anda boleh rujuk Hotline mySPP atau SISPAA-SPP
Full : Panduan Pengguna (PDF)
Terlupa Kata Laluan MySPP Login
Untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya anda terlupa, ikuti cara dibawah :
- Sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan menggunakan dua pilihan iaitu:-
➺Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
➺Alamat Pada Kad Pengenalan - Pastikan anda ingat maklumat untuk salah satu pilihan tersebut.
- Selepas mengisi maklumat di salah satu pilihan tersebut anda perlu sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR
- Klik butang HANTAR
- Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya
- Sekiranya masih gagal atau tidak berjaya menetapkan semula kata laluan, anda boleh rujuk Panduan Pengguna mySPP atau salurkan pertanyaan kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP
Masalah Pop-up Blocker dalam Pautan MySPP
Jika anda hadapai masalah pop-up blocker apabila klik pautan dalam mySPP, anda perlu :
- Bagi pelayar web (web browser) Internet Explorer, sila klik Tools > Pilih Pop-up Blocker > Turn Off Pop-up Blocker.
- Bagi pelayar web (web browser) Mozilla Firefox, sila klik Tools > Pilih Options > Sila (un-tick) Block pop-up windows > klik OK.
- Bagi pelayar web (web browser) Google Chrome, sila klik Settings > Pilih Privacy and security > klik pada Site Settings > Pilih Pop-ups and redirects > Disable Blocked (recommended).
MySPP Semakan Permohonan
Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.
Langkah-langkah:
1. Apabila pautan “Semakan Permohonan” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan:
⚠️PERINGATAN: Calon mesti semak kembali senarai jawatan yang dimohon adalah sama seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh daftar adalah sama. Jika sama bermaksud permohonan Berjaya sampai di SPP dan jika tidak sila semak semula maklumat yang dimasukkan. Pastikan medan bertanda (*) dipenuhkan.
2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Full : Panduan Pengguna (PDF)
Faq
Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.
Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?
Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.
Sekiranya saya mendapati telah tersilap memasukkan maklumat semasa permohonan dan telah menghantar permohonan beberapa hari yang lepas, bolehkah saya mengubah maklumat yang tersilap tadi?
Boleh. Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.
Lagi Persoalan Rujuk : https://myspp.spp.gov.my/myspp/faq.pdf
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, anda boleh rujuk kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP
Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 /4021 / 4022
Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPA-SPP) : klik disini
📍Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
☎️ 03-8000 8000
📠 03-8871 7499