Iyres eBelia merupakan satu sistem yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan serta mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan mmenyelenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubung dengan pembangunan belia.
Profil Belia pula merupakan satu sistem yang berpusat bagi mengumpulkan data-data berkaitan profil belia di Malaysia. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat berkaitan Iyres Belia :
Faedah Jika Sertai
Bagi anda yang berminat untuk sertai Iyres eBelia ini, terdapat beberapa faedah dan manfaat yang anda boleh dapati seperti :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
🎁Menjadi kumpulan terawal mengetahui makluman aktiviti semasa yang dianjurkan oleh KBS serta agensi yang berkaitan.
🎁Berpeluang menerima jemputan menyertai program-program KBS/IYRES yang berhampiran dengan alamat anda.
🎁Berpeluang menjadi ahli IYRES Community Enumerator (Enumerator, Pengekod Data, Transcriber) dan responden dalam penyelidikan yang dijalankan oleh IYRES.
🎁Mewujudkan hubungan interaktif dengan IYRES sebagai pusat rujukan penyelidikan pembangunan belia.
Syarat Kelayakan
Untuk menyertai Iyres eBelia ini, anda perlu memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah untuk mendaftar :
✅Individu yang boleh mendaftar ialah golongam belia berumur 15-40 tahun (merujuk kepada Akta Pembangunan dan Pertubuhan Belia 2017 dan didaftarkan secara sukarela)
✅Maklumat yang didaftarkan adalah sulit dan pihak IYRES tidak akan menyerahkan data ini kepada mana-mana pihak
✅Data inii tertakluk di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Cara Daftar
Bagi anda yang telah tepati syarat kelayakan dan ingin berminat untuk membuat pendaftaran, anda boleh ikuti maklumat di bawah untuk membuat pendaftaran :
🌐Pendaftaran adalah percuma
🌐Layari ke laman web http://ebelia.iyres.gov.my/register
🌐Klik Daftar bagi pendaftaran akaun baharu
🌐Klik Log Masuk bagi yang telah berdaftar dan pengemaskinian maklumat
Maklumat Lanjut
Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak info semasa dan menarik untuk anda menyertai. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi ke pihak :
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan
☎️ +603-8871 3344/3389