Adakah anda tahu bahawa pencarum boleh claim duit bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau Cuti Sakit?
Jika anda pencarum PERKESO, Ya anda layak, boleh lihat cara tuntutan yang dikongsikan dibawah.
Syarat Buat Tuntutan
Anda boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).
Di bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme).
Dengan adanya skim ini pekerja buat tuntutan duit dari PERKESO untuk pelbagai situasi
Baca Juga: Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO
Skim Bencana Pekerjaan
- Diberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)
- Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)
- Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)
Jenis Kemalangan Yang Boleh Dituntut
Dengan Skim Bencana Pekerjaan, pekerja layak untuk membuat tuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:
- Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
- Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
- Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan
- Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
MC Yang Boleh Dituntut
Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.
Baca Juga: Mohon Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO
Cara Permohonan
Untuk memohon, sila isikan borang melalui pautan dibawah:
Maklumat lanjut
- Email: [email protected]
- Hotline: 1 300 22 8000