Cara Claim Bantuan Kewangan RM400 Secara Automatik


Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kini melancarkan SAVE 3.0 (Program Sustainability Achieved Efficiency), menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 untuk pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Untuk makluman, program ini adalah kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia membawa lebih ramai pengguna untuk mendapatkan produk penjimatan tenaga, sekali gus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara menebus baucar diskaun RM400.

Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan ini
& Anda Layak Dapat Bantuan
Klik Sini

Apa Itu Program SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 khas untuk isi rumah yang ingin membeli peralatan eletrik berlabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Rebat ini hanya terhad kepada 1 akaun sahaja untuk pembelian untuk 2022 atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat untuk Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh dibuat secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk dalam talian melalui platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kategori Pembelian di Bawah SAVE 3.0

Untuk makluman, Program Save 3.0 terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan

Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

Rebat RM400

Setiap isi rumah di Malaysia layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian barang elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

E-Rebat-Program-Save-3.0-Untuk-Pembelian-Peralatan-elektrik-Cekap-Tenaga

Cara Claim/ Tebus

Untuk menebus baucar JIMAT 3.0 di Shopee, sila rujuk rajah di bawah:

save-3.0-shopee

save-3.0-shopee

Untuk maklumat lanjut, layari:


Tarikh Tutup Penebusan

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun bermula Januari 2022 hingga Disember 2022.

Penafian – Semua yang kami share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Claim Bantuan Kewangan RM400 Secara Automatik” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia