Adakah anda pernah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali tetapi memperkenalkan diri mereka dari Polis Diraja Malaysia PDRM, Jabatan pengangkutan Jalan, dari mahkamah ataupun dari Lembga Hasil Dalam Negeri LHDN.
Anda jangan terpedaya kerana ini ialah modus operandi mereka, malah ada yang tertipu beribu-ribu ringgit memperdayakan rakyat Malaysia hari ini.
Cara Check Scammer Malaysia
- Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi terus ke link pautan portal semakmule di sini, http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau https://semakmule.rmp.gov.my
- Data ini dikumpulkan berdasarkan report yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang cuba ditipu oleh scammer melalui panggilan telefon
Kriteria Scammer
- Cuba untuk mendapatkan maklumat penting mengenai diri anda termasuk nombor kad pengenalan (no IC anda)
- Mereka minta pula nombor kad kredit anda termasuk 3 no pin di belakang kad
- Mesej di telefon atau mesej di email yang mengandungi pautan link daripada seseorang yang anda tidak kenali
- Memaklumkan yang anda ada saman tertunggak atau kes mahkamah melalui panggilan telefon sahaja