Home » Permohonan » Cara-cara untuk Mendaftar myBSN Online Banking Terkini – 2021

Cara-cara untuk Mendaftar myBSN Online Banking Terkini – 2021

Bank Simpanan Nasional mengambil inisiatif baru dengan memperkenalkan sistem pendaftaran akaun secara online selaras waktu pandemik yang melanda seluruh dunia bagi memudahkan urusan pelanggan dan bakal-bakal pelanggan mereka. Bila dah ada akaun online, kita lebih mudah utk menyembak saki baki akaun, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita.

Cara Daftar myBSN Online Banking

Sila pastikan sebelum membuat akaun online, anda sudah mempunyai akaun simpanan dengan BSN, kad ATM BSN dan PIN ATM.

Ikuti langkah di bawah ini:

LANGKAH 1 & 2

Mula-mula, sila ke portal laman rasmi myBSN dan klik pada FIRST TIME REGISTRATION

Link: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.d

LANGKAH 3

Sila pastikan anda telah membaca kesemua terma dan syarat yang ditetapkan oleh BSN dan tekan (right) pada kotak ruangan ACCEPT dan tekan butang NEXT.

LANGKAH 4 & 5

Isi no. kad bank anda beserta no CVV2 (iaitu nombor 3 digit) yang terletak di belakang kad bank anda.

Masukkan tarikh luput kad anda di ruangan EXPIRY DATE.

LANGKAH 6

Masukkan no kad pengenalan anda pada kotak yang diberikan dan tekan butang NEXT utk ke halaman seterusnya.

LANGKAH 7 SEHINGGA 9

Seterusnya masukkan USERNAME dan PASSWORD yang anda inginkan. Kata laluan ada mesti melebihi 8 angka dan mempunyai abjad di dalamnya.

Masukkan PASSWORD/Kata Laluan yang sama di ruang CONFIRM NEW PASSWORD.

Tekan REQUEST OTP (On The Phone) dan sahkan nombor telefon yang telah didaftarkan untuk akaun BSN anda dengan memasukkan no kod OTP yang telah dihantar kepada telefon anda dan tekan butang CONFIRM.

Pilih satu imej pilihan untuk pengesahan dalam ONLINE IMAGE bagi setiap kali anda ingin login myBSN.

Akhir sekali, tekan butang SUBMIT.

Cara Login myBSN Internet Banking Kali Pertama

Sekiranya pendaftaran anda berjaya, ia akan dipaparkan disahkan pendaftaran. Anda perlu LOGIN semula dengan menggunakan USERNAME dan PASSWORD yang anda daftarkan tadi.

Ikuti langkah di bawah untuk LOGIN buat kali pertama:

  1.  Pergi ke laman web rasmi BSN online.
  2. Masukkan USERNAME yang telah didaftarkan dan klik butang LOGIN.
  3. Sebelum masukkan PASSWORD, pastikan ONLINE IMAGE adalah gambar yang betul seperti yang telah didaftarkan.
  4.  Setelah anda berjaya masuk buat kali pertama, anda bolehlah mengemskini maklumat peribadi anda.
  5. Untuk menguatkan keselamatan akaun anda, pilihlah soalan rahsia anda dan sertakan jawapan bagi setiap soalan yang dipilih. Anda perlu meningat jawapan ini ya demi kemudahan di masa hadapan.

Terlupa USERNAME dan PASSWORD/Kata Laluan myBSN Online

Jika anda terlupa USERNAME, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900
Jika anda terlupa PASSWORD, anda cuma perlu klik FORGOT PASSWORD dan masukkan butiran kad dan nombor pin.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan myBSN Online Banking, anda boleh:

  1. Emel ke [email protected]
  2. Hubungi: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara)

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara-cara untuk Mendaftar myBSN Online Banking Terkini – 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes