Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai!


CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI (TH) SECARA ONLINE

Tahukah anda, kini pendeposit Tabung Haji boleh membuat pembukaan akaun secara online?

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran anda secara dalam talian (online) sahaja.

Kemudian anda boleh hadir sahaja ke cawangan TH berdekatan anda(dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik & dokumen pengenalan dengan diberi keutamaan layanan iaitu masa menunggu hanya SEMINIT SAHAJA!

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai! 1

Memang sangat mudah kalau anda ingin membuka akaun untuk anak atau diri sendiri, terutamanya dalam tempoh PKP ini kan?

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online.

Apakah THiJARI?


THiJARI adalah sebuah platform milik Tabung Haji yang dilancarkan pada 5 Februari 2020.

Ia membolehkan anda sebagai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Tabung Haji secara dalam talian/online.

Baca juga: Tarikh Bayaran i-Citra – Jadual & Semakan Status i-Akaun KWSP

Cara Pembuakaan Akaun

Untuk membuka akaun Tabung Haji secara online ini, anda boleh melakukannya di laman web THiJARI dengan mudah.

Syarat Kelayakan Asas

  • Beragama Islam sahaja
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 tahun ke atas sahaja

Langkah Membuka Akaun TH Online Melalui THiJARI

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai! 2

Berikut adalah langkah pembukaan akaun Tabung Haji secara atas talian/online:

  1. Boleh layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Sila klik pada ‘Tiada akaun TH? Buka Sekarang’ di bawah butang Daftar. (Boleh rujuk gambar di bawah)
  3. Sila isikan maklumat anda di semua ruangan yang telah disediakan.
  4. Setelah selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap, taip semula kod pengesahan di ruangan yang telah disediakan.
  5. Tekan pada butang Berikutnya
  6. Kemudian hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun anda.
  7. Anda akan diberi keutamaan layanan di kaunter dengan masa sesingkat seminit sahaja.
  8. Selesai!

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai! 3

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Secara Online, 1 Minit Selesai! 4

NOTA:

  • Jangan lupa untuk bawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pengaktifan Akaun Dewasa.
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pengaktifan Akaun Kanak-kanak.
  • Wang deposit sekurang-kurangnya RM10 untuk pembukaan akaun TH.
  • Selepas membuka akaun, anda boleh mengaktifkan THiJARI & melakukan pelbagai transaksi secara online.

Baca juga: Bantuan Kanak-Kanak JKM Sehingga RM1,000 Sebulan 2021 – Permohonan Masih Dibuka!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang proses pembukaan akaun Tabung Haji, boleh rujuk dibawah:


mybsn
BKM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3