Ok, harini admin nak cerita macam mana untuk anda buka akaun maybank secara online guna SME First Account-i, ni untuk yang ada bisnes tak kira besar atau kecil, janji ada bisnes ada ssm nama syarikat dah boleh register.
Untuk makluman anda register boleh dilakukan secara online sahaja tapi dh register anda perlu ke bank branch terdekat dalam masa 10 Hari untuk AKTIFKAN akaun anda itu sahaja, simple tak perlu nak tunggu berminggu-minggu bagai.
Ni Jenis Bisnes “TYPE” yang sesuai dengan Akaun SME FIRST i ni
- Sole proprietorship
- Partnership
- Private limited company
- Professional
Syaratnya takda la ketat sangat, janji korang ada SSM ada bisnes kecil2 pun ok ada mykad sattle, nak tengok apa benefit dia lagi boleh rujuk SME First Account-i.
Cara Buka Akaun Maybank Secara Online
Ni bukan untuk buka personal akaun tau, ni untuk yang berniaga sahaja, macam admin slalu berniaga online di shopee, dan facebook pun boleh buat akaun ni, jadinya bila kita ada akaun company sendiri ni orang lebih trusted dengan kita dan anggap kita serius dalam bisnes kita. Bank pun suka 🙂
Step 1 : Cara nak buka online korang masuk ke SME First Account – i klik pada butang “APPLY NOW” macam dalam gambar dibawah.
Step 2 : Part ni korang isi apa yang diminta contohnya berapa pekerja korang, kalau 1 tulis je satu, pastu pilih jenis syarikat anda, kalau mcm min enterprise sorang je pemilikan, so pilih lah “sole propritorship”. dan pilih bahagian mana company korang stay sattle.
Step 3 : Tekan je next and next sampailah korang samapi part isi form maklumat syarikat dan diri anda seperti gambar di bawah hingga selesai.
Step 4 : Dah isi semua application form hingga selesai (pastikan email, no fon dalam borang betul masa isi) sebab last skali bila dah selesai isi form maybank akan hantar email dan no pin (no.pin akan dihantar thru fon untuk korang baut maybank2u nanti).
Step 5 : Contoh email yang korang dapat adalah seperti gambar dibawah.Step 6 : Dalam email tu dia akan beri acc no dan ref no. maknanya syarikat anda sudah ada no. akaun, cepat bukan? so, nak activate kannya korang ada masa 10 hari sahaja.
Step 7 : Pergi ke cawangan bank terdekat, beratur ikut line orang nak bukak akaun masa dekat bank tu. dan jangan lupa bawa
- Salinan IC (Mykad
- SSM Sijil
- SSM yang dua keping tu (satu bisnes information satu lagi bisnes owner)
- Rubber Stamp (Cop) kalau boleh warna biru, atas skali nama syarikat, no.ssm, alamat dan no.fon
- Pastu bawa la screenshoot salinan perniagaan apa korang buat, kalau berniaga di shopee screenshot kedai shopee korang dan print untuk bukti ini contoh je.
- Dan bawah deposit RM1000, duit ni tak burn pon, akan masuk akaun company korang gak.
Step 8 : Dah sattle semua, orang bank ckp akaun kita pun dah aktif, korang buat la maybank2u dekat situ gak, jangan balik lagi, takut tak boleh register maybank2u, terpaksa ulang pergi balik, selalunya akses number dan pin akan diberi masa korang register online tu, sebab perlunya akses number dan pin ni, masa nak buat first time register maybank2u memang perlukan 2 benda ni.
Step 9 : Gagal register mintak branch buat baru akses number dan pin korang serta tac no fon korang. sebab tu min cakap kalau belum sattle jangan terus balik.
Step 10 : Dah sattle semuanya korang dapatlah seketul akaun syarikat bersama maybank.
Senang kan? tak perlu introducer, tak perlu isi borang manual bagai. siap tak sampai sehari.
Satu lagi,
Akaun SME FIRST ACCOUNT-i ni takda kad ATM ok. maknanya transfer keluar masuk perlu online sahaja. kalau korang nak keluarkan duit, transfer je ke akaun personal korang. kalau nak keluar jumlah yang banyak bole ke kaunter maybank.
Ada tanya, akaun ni islamic ke konvensional, nama pun akaun-i mestilah islamik hehe.. itu sahaja terima kasih..