Cara Buat Pisang Goreng Lebih Rangup Dan Sedap , Ini Bancuhan Tepung Dengan Sukatan Cawan


Pisang Goreng adalah makanan petang kegemaran rakyat Malaysia dan juga menjadi fenomena hingga pelbagai jenis resepi telah dicuba bagi menghasilkan pisang goreng rangup dan menjadi pilihan penggemar.

Sehingga hari ini pelbagai olahan dikongsikan untuk mendapatkan rasa yang paling sedap seperti goreng pisang chesese , goreng  pisang coklat , goreng pisang cicah sambal kicap namun tidak mampu menandingi kehebatan goreng pisang rangup.

Tetapi goreng pisang rangup semestinya memerlukan bancuhan yang betul dan juga tepat bagi menghasilkan kerangupan yang luar biasa.

Dikongsikan resepi yang mampu menjadikan goreng pisang rangup dengan bunyi krup krap menggunakan sukatan cawan yang sama bagi setiap bahan untuk memudahkan kerja.

Bahan-bahan:

Pisang nangka / pisang abu / pisang tanduk

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan tepung jagung

1 biji telor

1 sudu kecik garam paling halus ya


1 sudu kecil yis

sedikit pewarna kuning / kunyit

2 cawan air

Cara Penyediaan :

  • Bancuhkan kesemua bahan dalam bekas yang besar supaya bahan mudah sebati dan  biarkan bancuhan selama 5 ke 10 minit.bancuhan baru ceplukan pisang dan goreng.
  • Setelah 5 ke 10 minit  , bole masukkan pisang yang dibelah 2 atau kecil kedalam bekas yang berisi bancuhan tepung tadi.
  • Panaskan minyak baru ya dan pastikan api sederhana jangan terlalu kuat kerana bimbang pisang tidak masak dalam tetapi hangus diluar.
  • Gorengkan pisang dalam minyak yang betul – betul panas sehingga kekuningan dan tapiskan lebihan minyak sebelum dihidangkan.

Note!!

  • Untuk pemilihan pisang , disarankan gunakan pisang nangka untuk rasa lebih manis namun jika suka rasa yang sedikit pahit boleh gunakan pisang abu. Untuk pisang tanduk perlulah dipotong menyerong kerana saiznya lebih besar berbanding pisang lain tetapi sengat sedap jika digoreng rangup.
  • Pastikan garam yang digunakan cukup halus untuk dibancuh bersama tepung dan air kerana garam kasar boleh menyebabkan bancuhan tidak sekata.
  • Jika menggunakan serbuk kunyit jangan guna terlalu banyak kerana rasa kunyit boleh membuatkan pisang goreng anda failed!
Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Cara Buat Pisang Goreng Lebih Rangup Dan Sedap , Ini Bancuhan Tepung Dengan Sukatan Cawan” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.