Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Batuk dapat membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
Namun batuk boleh menyebabkan keadaaan tidak selesa dan terkadang tekak akan merasa sakit dan terluka akibat batuk yang berterusan walaupun sudah mengambil ubat batuk yang disarankan doktor.
Penyakit batuk berlarutan hingga berminggu-minggu lamanya boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain yang berada di sekeliling orang yang batuk.
Terdapat beberapa petua dan bahan yang dikatakan mampu merawat batuk tanpa menggunakan ubat batuk yang mempunyai kesan buruk apabila diambil dalam masa yang lama.
BACA INI : Petua Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak
Ini cra buat gula-gula yang boleh meredakan batuk secara semulajadi dan selamat.
GULA GULA BATUK HOMEMADE
Bahan – bahan :
Madu 1/2 cup
Halia 1 sudu teh
Lemon 2 sudu besar
Cara penyediaan :
1. Panaskan kuali dan masukkan madu.
2. Tambahkan jus hasil daripada perahan lemon dan halia yang di sagat. ( Halia perlu disagat untuk mendapatkan hasil yang lebih baik)
3. Kacau bahan tersebut sehingga menjadi karamel dengan api sederhana.
4. Tuangkan dalam acuan/ atas kertas minyak mengikut bentuk yang diinginkan. Biarkan sehingga ianya membeku.
5 . Sejukkan dalam peti ais atau bole disimpan dalam bekas tertutup.
*Rasa gula gula batuk homemade ni adalah masam dan sedikit pedas namun boleh dirubah sedikit mengikut kesesuaian.
Kebaikkan madu lebah.
Madu lebah boleh kurangkan kahak, selain menjadi antibiotik natural dan pastikan ianya madu original , bukan madu campuran.
Kebaikkan Lemon.
Buah Lemon sangat kaya dengan vitamin c yang mana ia mampu merawat selsema dan batuk. Malah ianya berfiungsi untuk meneutralkan manis madu lebah .
Kebaikkan Halia.
Halia dapat melegakan sistem pernafasan dan memberi kesegaran kepada tubuh badan kerana ianya bersifat panas dan boleh hilangkan lendir dan kahak pada tekak.