Recipe - Portal Malaysia

Type: Main Dish
Cuisine: Korean
Keywords: Resepi Ayam Goreng Seringgit
Recipe Yield: 1 Servings
Calories: 900
Preparation Time: PT30M
Cooking Time: PT30M
Total Time: PT1H
Recipe Ingredients:
- 1 ekor ayam potong 18
- 2 senduk tepung bestari original
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng ayam
Recipe Instructions: Ayam dibasuh bersih, gaulkan bersama tepung bestari yang sudah dibancuh (rujuk resepi), kemudian perapkan sekurang kurangnya 1 jam. Goreng sehingga warna keemasan.
5
Resipi ini untuk Seekor ayam
BAHAN A:
- 1 ekor ayam – potong 18
- 2 senduk tepung bestari perisa original
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN B:
- 500 gm tepung bestari
- 100 gm tepung gandum
- 100 gm tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh bersih dan toskan airnya. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng rangup yang sebenar.
2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan tidak terlalu cair.
3. Gaulkan dengan ayam lalu perap selama 1 – 5 jam (lebih lama lebih sedap)
4. Manakala dalam bekas berasingan, satukan semua bahan B dan kacau sebati.
5. Ambil ayam yang telah diperap tadi lalu lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berlapis -lapis.
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali. Guna periuk lagi bagus supaya ayam terggelam dan akan masak lebih sekata dan rangup.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
9. Sedia untuk dinikmati. Boleh makan begitu sahaja atau makan bersama nasi putih. Sangat mudah dan menjimtkan .
Terkadang kanak-kanak atau dewasa tidak suka dengan dada/isi ayam. Ibu-ibu juga bole masak isi ayam dengan cara seperti ini dan ayam akan lebih rangup dengan salutan tepung malah akan menjadi kegemaran kana-kanak dan dewasa kerana lebih mudah dimakan dan sedap.
p/s: sedikit perkongsian buat yang ingin berjimat tanpa membeli tepung bestari kerana nampaknya tepung ini sangat viral diperkatakan dan harganya semakin meningkat. Memang susah nak cari di kedai dan pasaraya kerana kehabisan stok. Disini saya kongsikan resepi ayam goreng rm1 dengan campuran tepung gandum sahaja.
1)Campurkan tepung gandum dengan garam, kunyit dan serbuk lada/lada hitam lalu tambah sedikit air.
2)Kacau hingga sebati dan bolehla digaul dengan ayam yang telah ditoskan lalu perapkan ayam .
3)Sediakan tepung gandum yang kering dalam bekas yang lain juga.
4)Golekkan ayam diatas tepung kering dan mampatkan seperti biasa dan boleh digoreng dakam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
5) Siap untuk dimakan .Pasti rangup dan sedap seperti menggunakan tepung bestari..Selamat mencuba!