Jamu adalah salah satu tradisi daripada orang dahulu yang sememangnya cukup bagus untuk kesihatan tubuh badan dan juga kekal cantik dan menawan walaupun sudah beranak pinak.
Namun kini penggunaan jamu sudah jarang digunakan lagi kerana kebanyakkan wanita lebih gemar mengambil makanan tambahan yang dibeli untuk memudahkan urusan mereka.
Tetapi masih ada lagi yangmengamalkan budaya minum jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan malah banyak perkongsian tentang penyediaan jus jamu yang mudah dan tidak menggunakan banyak kos .
Jamu atau minuman herba bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga boleh mengamalkannya untuk membantu kesihatan dan kekal muda .
Ini bahan- bahan dan cara penyediaan untuk membuat jamu sendiri :
Bahan-bahannya :
Kunyit
Halia
Daun Sirih
Temu Kunci
Kencur
Asam jawa
Lemon
Gula Organik
Kulit Kayu Manis
( Temu Kunci dan kencur jika tiada , tak perlu pun xpe)
Cara penyediaan :
1. Kisar kesemua bahan sehingga hancur dan halus ( tambahkan beberapa cawan air sebelum kisar).
2. Rebus semua bahan yang sudah dikisar sehingga mendidih.
3. Kemudian tapis bahan yang telah direbus untuk dapatkan air rebusan tersebut.
4 . Sejukkkan dan boleh diminum terus atau disimpan kedalam peti ais.
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan simpan ke dalam peti ais dengan bekas bertutup jika dibuat dengan banyak agar tahan lama dan tidak rosak kerana tidak menggunakan sebarang pengawet .