Cara Betul Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah Guna


Peringatan keada semua apabila terlibat dengan urusan yang perlu menyerahkan salinan MyKad kepada pihak ketiga seperti pihak bank, majikan dan sebagainya wajar diletakkan palang sebelum menyerahkan salinan tersebut.

Ini adalah langkah keselamatan bagi mengelakkan kecurian maklumat peribadi anda.

Ia termasuklah MyKad, MyKid, MyPr dan MyKAS.

Baca juga:

Cara Betul Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah Guna 2

Kad Pengenalan Adalah Unik:


Setiap kad pengenalan mempunyai nombor yang berbeza dan bersifat unik.

Nombor pada kad pengenalan adalah maklumat peribadi untuk setiap warganegara Malaysia.

Maklumat peribadi dan sulit boleh didapati hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan seperti julat pendapatan isi rumah, maklumat pengundi dan lain-lain.

Oleh itu, orang ramai perlu lah berhati-hati apabila berkongsi maklumat kad pengenalan lebih-lebih lagi jika berurusan menggunakan salinan kad pengenalan.

Bahagian Yang Perlu Dipalang:


Menurut  Dr Mohd Razip bin Jantan, Penolong Persuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi,   bahagian yang wajar diletakkan palang adalah pada bahagian nombor empat digit terakhir kerana mengandungi maklumat peribadi anda.

Selain itu, pada bahagian muka di salinan kad pengenalan juga perlu diletakkan palang untuk mengelakkan wajah pemilik kad pengenalan tersebut untuk dimanipulasi oleh pihak penjual kad pengenalan tiruan.

Perkara ini amat ditekankan untuk mengelakkan kes-kes yang tidak diinginai berlaku seperti sindiket penjualan kad pengenalan palsu.

Sumber: TIKTOK




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3