Cara Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil


Perubahan cuaca dan suhu boleh menyebabakan tubuh memberikan tindakbalas dan mudah dijangkiti penyakit. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada anak kecil malah orang dewasa juga tidak terkecuali.

Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan cuaca dan suhu ialah selesema dan juga batuk kerana melibatkan sistem pernafasan .

Terdapat dua jenis batuk yang sering menyerang tubuh manusia iaiatu batuk kering dan batuk basah.

 

Cara Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil 2

 

Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada merasa sakit akibat daripada tekanan semasa batuk.

Manakala Batuk basah pula menghasilkan kahak yang mana dada merasa sakit dan sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas dengan baik. Batuk berlaku untuk membantu membersihkan rembasan lubang nafas.

Sebenarnya batuk itu sendiri adalah refleksi semula jadi dari tubuh sebagai sistem pertahanan saluran pernafasan jika terdapat gangguan dari luar. Respons ini berfungsi untuk mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara bagi membersihkan paru-paru.

Pun begitu, penyakit batuk yang sering dialami akan bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya tekak akan teras semakin gatal dan tidak lama kemudian akan mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Kebanyakan orang menganggap batuk tersebut sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan masalah yang lebih besar jika tidak dirawat.

 

Cara Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Dengan Minyak & Bawang Kecil 3

Terdapat petua ini bagi meredakannya. Petua ini telah diamalkan dan terbukti berkesan malah sangat mudah untuk disediakan ramuannya :

Bahan-bahan 

Bawang kecil

Minyak zaitun

Cara membuatnya 

  • Hiris 3 biji bawang kecil .
  • Kemudian masukkan ke dalam bekas.
  • Masukkan minyak zaitun dan ramas bawang beberapa kali.
  • Kemudian sapukan ramuan ini di bahagian dada dan belakang badan.

Lakukan sebelum tidur atau semasa berjaga mengikut keselesaan, Kurangkan bawang jika tidak sesuai .

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3