Bau kasut dan kaki yang busuk memang mengganggu persekitan malah lebih teruk jika berada dalam bilik kedap udara dan menggunakan penghawa dingin.
ini menyebabkan diri sendiri dan orang lain terganggu disebabkan bau yang tidak enak dan menyebabkan individu tersebut mendapat kritikan daripada orang lain.
Keadaan cucaca di Malaysia juga mempengaruhi perkara ini kerana kaki yang berpeluh dan berbau. Namun ia juga disebabkan oleh pemilihan jenis kasut yang kurang sesuai dengan kulit kaki dan bertindak balas dengan kaki kita. Bakteria yang hidup akan mengebabkan kaki dan kasut berbau busuk.
Terdapat beberapa petua alami yang bole dicuba untuk merawat bau kasut dan kaki :
1. Rendam Kaki Dengan Air Garam
Isikan satu baldi besar dengan air suam kemudian masukkan 2 sudu besar garam kasar. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.
2. Rendam Kaki Dalam Air Campuran Cuka
Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam satu bekas. Rendam kaki selama 30 minit , lakukan sekali sehari selama seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.
3. Air Rebusan Teh
Masukkan dua uncang teh hitam bersama satu jag air ke dalam sebuah periuk. Rebus selama 15 minit. Tambahkan dua jag air sejuk dan campurkan air rebusan tadi ke dalam baldi. Rendam kaki selama 30 minit dan lakukan sekali dalam seminggu. Cara ini dapat mengecilkan liang roma . Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang membantu membunuh bakteria.
Selain itu juga , boleh letakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap semua bauan yang tidak menyenangkan pada kasut.
4. Sembur Dalam Kasut
Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut yang mana ianya mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan juga perkara yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.
5. Gunakan Tepung Jagung
Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum original tanpa penwangi dan cara ini mampu meresap semua kelembapan dalam kasut yang digunakan.