Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Bayar PTPTN Guna Potongan Gaji

by portalmalaysia
June 28, 2021
in Permohonan, Portal Rasmi, Tips/Petua
A A

Bagi bekas pelajar IPT yang telah membuat PTPTN dan ingin membuat bayaran pinjaman PTPTN semula, anda boleh membuat bayaran dengan cara bayar ptptn guna potongan gaji dimana pada September 2015, bayaran balik pinjaman PTPTN telah diwajibkan kepada penjawat awam melalui kaedah tersebut dan ia diuruskan oleh pihak PTPTN.

Sila baca teks seterusnya untuk perkongsian tentang maklumat cara pembayaran balik menggunakan potongan gaji :

Senarai Kandungan

  • Prosedur Bayar Balik PTPTN menggunakan potongan gaji
  • Potongan Gaji
  • Syarat pembatalan Potongan Gaji
  • Syarat Pembatalan Potongan Gaji Bayar PTPTN 
  • Cara Memohon Pembatalan Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN

Prosedur Bayar Balik PTPTN menggunakan potongan gaji


Pembayaran balik PTPTN mestilah dibuat seeloknya selepas anda tamat pengajian. Ikuti langkah-langkah mudah dan prosedur yang dikongsikan seperti dalam gambar rajah jika anda ingin membuat pembayaran PTPTN menggunakan potongan gaji

Lihat Juga  Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022 - Mohon Sekarang!

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Cara Bayar PTPTN Guna Potongan Gaji 1

Potongan Gaji


💰Pembayaran balik pinjaman bagi penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN telah diwajibkan untuk membuat pembayaran semula melalui potongan gaji mulai September 2015.

💰Pihak PTPTN akan mengurusan untuk bayaran balik pinjaman melalui potongan egaji dan tidak lagi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

💰Jadual Bayaran Balik (JBB) telah ditetapkan dan potongan gaji akan mengikut jadual tersebut.

💰Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain

💰Baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan dan jumlah pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00

Lihat Juga  Tarikh Jadual I-Lestari Bulan April 2021 - Bulan Terakhir Pembayaran !

💰Anda boleh membuat permohonan potongan gaji secara online

Syarat pembatalan Potongan Gaji


✅Selagi peminjam mempunyai hutang yang masih berbaki, peminjam tidak dibenarkan memberhentikan potongan gaji.

✅Pembatalan potongan gaji akan dilaksanakan bagi kes-kes berikut :

✔️Peminjam telah langsaikan pinjaman sepenuhnya
✔️Peminjam disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia
✔️PTPTN mendapat makluman daripada peminjan atau majikan mengenai pemberhentian peminjam dalam perkhidmatan atau telah betukar tempat kerja.

✅Peminjam perlu lengkapkan dan kemukan Borang Permohonan Pembatalan Gaji kepada PTPTN.

Syarat Pembatalan Potongan Gaji Bayar PTPTN 


Jika anda ingin membuat pembatalan potongan gaji bagi bayaran PTPTN anda perlu menepati syarat berikut bagi kebenaran pembatalan potongan gaji:

Lihat Juga  Garis Panduan & Syarat Buka Gerai Makanan (Sektor Makanan)

☑️Peminjam telah membuat penyelesaian penuh pinjaman

☑️Muflis (sertakan salinan perintah dari Mahkamah / sesalinan carian daripada Jabatan Insolvensi Malaysia)

☑️Berhenti kerja/ bertukar majikan dan harus sertakan surat pengesahan majikan

Cara Memohon Pembatalan Potongan Gaji Bagi Peminjam PTPTN


Peminjam perlu melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji dan mengemukakan kepada PTPTN. Berikut merupakan butiran  penting yang diperlukan untuk mengisi borang dan lampiran sebagai rujukan :

📝Butiran Diri

📝Maklumat Majikan/Pusat Pembayar Gaji

Cara Bayar PTPTN Guna Potongan Gaji 2

Perkara diatas merupakan perkongsian tentang pembayaran semula pinjaman PTPTN dengan menggunakan pemotongan gaji. Harap perkongsian berikut memberi panduan dan anda dapat gunakan untuk membuat bayaran pinjaman. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk ke :

📍Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

☎️03 – 2193 3000

📠03 – 2193 1263

e-Aduan: iCare

Source: ptptn.gov.my
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 43shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 43shares
  • 30
  • 7
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×