Mungkin tak ramai tahu bahawa anda boleh membayar balik pinjaman PTPTN melalui KWSP. Anda boleh memilih sama ada untuk membuat pengeluaran secara mengeluruh atau sebahagian sahaja untuk membayar pinjaman PTPTN. Anda boleh membayar dengan membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP.
- Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun 2 KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
- Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.
- Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan
Dengan menggunakan Akaun II KWSP anda untuk membuat bayaran pinjaman, anda akan mendapat beberapa faedah. Berikut adalah kelebihan-kelebihan anda membuat bayaran melalui pengeluaran Akaun II KWSP:
- Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
- Tiada had pengeluaran.
- Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan
- Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Syarat
KWSP telah mengeluarkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Sebelum memohon, pastikan anda telah memenuhi syarat-syarat yang diberi ini. Syarat-syarat yang dikemukan adalah seperti di bawah:
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
- Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.
Nota: Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.
Cara Mohon e-Pengeluaran
Sebelum anda membuat sebarang permohonan online, anda perlu mendaftar i-Akaun terlebih dahulu. Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar akaun i-Akaun. Setelah anda mempunyai i-Akaun, anda bolehlah terus membuat permohonan online. Langkah-langkah untuk membuat e-Pengeluaran adalah seperti di bawah:
Pendaftaran i-Akaun
- Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
- Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
- Kiosk KWSP
- Kaunter KWSP
- Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Secara Online (e-Pengeluaran)
- e-Pengeluaran merupakan penghantaran permohonan pengeluaran secara online melalui Laman Web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
- Langkah permohonan melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
- Langkah 1:
Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi. - Langkah 2:
Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun. - Langkah 3:
Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
- Langkah 1:
Maklumat lanjut boleh klik di sini.
Nota: Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Tempoh Masa Bayaran
KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
Maklumat Lanjut
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam proses permohonan yang sedang dilakukan. Semoga permohonan anda berjalan dengan lancar dan akan diluluskan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh datang ke pejabat PTPTN di alamat di bawah. Anda juga boleh menghubungi talian PTPTN yang diberi.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare
Penafian :
Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan e-Pengeluaran dengan rujukan dari laman sesawang rasmi KWSP, sebarang permohonan baru boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama KWSP, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja