Untuk pengetahuan umum, penggunaan tag pelekat RFID adalah hanya bagi sebuah kenderaan sahaja. Ada harus membuat pembatalan tag RFID lama anda, sekiranya anda ingin menukar kenderaan baru.
RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.
Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.
Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.
Baca juga:
- Tawaran Percuma Pemasangan Semula Pelekat RFID Rosak
- Pelaksanaan RFID Secara Menyeluruh Mulai Januari 2022
Kelebihan Tag RFID:
Berikut merupakan kelebihan-kelebihan Tag RFID:
- Tidak perlu bersusah payah untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go.
- Boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.
- Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.
Cara Nak Batalkan Tag RFID:
Berikut merupakan cara-cara untuk membatalkan Tag RFID, sekiranya ingin menukar ke kenderaan baru.
1. Secara Online:
Langkah 1: Layari laman sesawang TNG RFID Portal.
Langkah 2: Log masuk akaun anda dengan memasukkan email dan kata laluan.
Langkah 3: Pada paparan utama, pilih pada butiran kenderaan.
Langkah 4: Seterusnya klik pada butang Actions.
Langkah 5: Kemudian pilih Terminate Tag.
2. Secara Panggilan:
Langkah 1: Hubungi TNG Careline di talian 03-27148888.
Langkah 2: Ikut arahan dan takan #4 untuk urusan RFID.
Langkah 3: Kemudian nyatakan butiran yang diperlukan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal RFID Touch n Go atau hubungi di talian +603-2714 8888.