Home » Resepi » Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Paling Sedap Di Dunia.

Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Paling Sedap Di Dunia.

Pelbagai jenis air yang menjadi kegemaran dan juga kesukaan seseorang malah ada yang bijak membuat bancuhan agar air lebih sedap dan berkrim malah menjadi ikutan apabila dikongsi di media sosial.

Cuaca yang panas di Malaysia membuatkan penduduknya sangat gemar mambasahi tekak dengan air yang manis dan sejuk. Berikut adalah perkongsian bahan-bahan yang digunakan untuk membuat air Nescafe Ais, Milo Ais Kaw, Kopi Ais Kaw dan Teh Ais yang sangat sedap dan digemari ramai.

1. NESCAFE AIS KAW

Air Untuk 1 Orang Minum:
3 sudu kecil Nescafe
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 gelas air panas
Ais secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan di dalam gelas. Kacau hingga sebati dan berbuih.
2. Masukkan ais dahulu ke dalam plastik / gelas yang sesuai dan tuang bancuhan nescafe tadi. Siap.

 

2. MILO AIS KAW

Air Untuk 1 Orang Minum:

4 sudu besar milo

2 sudu besar susu pekat manis

1/2 gelas air panas

Ais Secukupnya

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Cara Penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan di dalam gelas. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik / gelas yang sesuai dan tuang bancuhan milo tadi.
3. Boleh tambahkan susu cair atau susu segar jka mahukan rasa yang seakan susu milo kotak.
4. Untuk air  Neslo, boleh tambah 2 sudu kecil nescafe. Siap.

3. KOPI AIS KAW

Air Untuk 1 Orang Minum:
3 sudu kecil serbuk kopi
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 gelas air panas
Ais secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Masukkan serbuk kopi dalam 1/2 gelas air yang betul-betul panas , biarkan seketika sehingga air nampak pekat dan tapiskan serbuk kopi tersebut.
2. Tambahkan susu pekat manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Jika kopi terlampau pekat, boleh tambahkan sedikit air suam.
4. Masukkan ais ke dalam plastic/ gelas yang sesuai dan tuang bancuhan kopi tadi. Siap.

 

4. TEH AIS KAW

Air Untuk 1 Orang Minum:

1  gelas air
4 sudu kecil serbuk teh
3  sudu besar susu pekat manis
3/4 sudu susu cair
Secubit garam
Ais secukupnya

Cara Penyediaan:
1.Rebus 1 gelas air dalam periuk sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk teh dan biarkan air mendidih seminit dua kemudian tapiskan  serbuk teh tersebut.
3. Kemudian tambahkan susu pekat manis, susu cair dan juga secubit garam. Kacau sebati.
4. Masukkan ais dan kemudian tuangkan bancuhan teh dan susu tadi . Siap.

#Cara buat air ini dikongsikan untuk penyediaan 1 orang sahaja dan bole digandakan untuk penyediaan yang lebih. Jumlah susu pekat juga bole dikurangkan jika tidak suka terlalu manis dan menjaga kesihatan.

Air manis seperti diatas memanglah sedap diminum kerana rasanya yang manis dan pekat tetapi tidak digalakkan untuk pengambilan berterusan demi menjaga kesihatan tubuh badan kerana penyediaan air ini mengandungi kafein dan juga gula yang tinggi melalui susu itu sendiri.

Untuk tubuh yang sihat dan bebas penyakit disarankan mengambil air putih dengan jumlah yang banyak setiap hari berbadning air yang manis dan bergas.

 

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Paling Sedap Di Dunia.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!