Bahagian siku dan lutut sememangnya lebih cenderung untuk menjadi lebih gelap kerana bahgaian ini merupakan bahagian yang paling banyak mengalami geseran.
Kesan gelap pada bahagian ini terkadang memberikan impak yang besar dan pastinya mengurangkan keyakinan diri bagi kebanyakan wanita.
Malah kesangelap akan terlihat lebih ketara apabila individu tersebut mempunyai warna kulit yang sawo matang dan gelap seperti kulit orang Asia.
Terdapat pelbagai petua dan cara bagi mengatasi masalah kesan hitam pada siku dan juga lutut te;ah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.
Namun baru – baru ini satu perkongsian tentang penjagaan lutut dan siku telah menjadi perhatian dan mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai .
Produk Yang Diperlukan Untuk Mengatasi Masalah Siku Dan Lutut Hitam
Produk boleh di beli di Guardian dan Watson berdekatan atau shoppe dan boleh jadikan gambar sebagai rujukan di kedai berkenaan bagi memudahkan urusan pembelian.
Dove Peeling (sheabutter)
The Ordinary Peeling Solution
Vaseline (serum burst lotion)
Cara menggunakannya :
- Skrub dengan Dove untuk menanggalkan sel kulit mati
- Bilas dengan air sehingga bersih
- Kemudian sapu dengan The Ordinary Peeling Solutian dan biarkan selama 10 minit
- Setelah 10 minit , sapukan Vaseline Healthy Bright
- Lakukan secara konsisten dan anda akan mendapat kesan yang menakjubkan
BACA INI :Petua Untuk Elak Makanan Melekat Pada Kuali Dan Buat Ikan Goreng Lebih Garing Serta Rangup
Perbezaan sebelum dan selepas penggunaan secara konsisten , bukan sahaja siku yang menjadi putih malah kulit tangan juga semakin lembut dan cerah.
Sesuai untuk kegunaan semua golongan , tidak kira lelaki atau wanita , dewasa atau orang tua dan ianya juga sesuai untuk kegunaan pada bahagian gelap yang lain namun perlu mendapatkan rujukan doktor juga terdapat sebarang alahan semasa penggunaan.