Cara Aktifkan MyKad Untuk Bayar Tol & Parking Touch N Go Anda


Untuk Makluman, selain daripada kad Touch N Go (TnG), anda sebenarnya boleh menggunakan MyKad untuk membayar tol dan parking yang guna mesinTnG.

Cara Aktifkan Fungsi Touch n Go Pada MyKad:

  • Pastikan di bekalang MyKad ada lambang TnG dan cip 64K ke atas. Sekiranya tiada, anda perlu upgrade MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Anda boleh tambah nilai di stesen-stesen minyak / kiosk TnG.
  • Simpan resit untuk memudahkan anda membuat semak baki dan memasukkan MyKad ke dalam e-Wallet TnG anda.

Sekarang anda dah boleh guna MyKad untuk bayar tol dan ia juga boleh digunakan untuk bayar parking yang menyediakan perkhidmatan TnG ni.

Cara Semak Baki TnG

Kepada anda semua yang tak tahu, sebenarnya boleh je kalau nak masukkan MyKad dalam app Touch n’ Go eWallet ni.


Cara- caranya:

  • Simpan resit bila tambah nilai/reload. Paling penting adalah “Manufacturing No” 10 angka (rujuk gambar di bawah).

  • Download / buka App Touch n’ Go eWallet.

  • Tekan “Add Card”

  • Masukkan “Manufacturing No”

  • Tunggu SMS Verification Code.

Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad.

Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login. 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3