Caj Pengeluaran ATM Antara Bank Mulai Febuari 2022


Mulai 1 Februari 2022, secara rasminya, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau pengeluaran wang tanpa di atm tanpa kad. Caj ini akan dilaksanakan semula setelah dimansuhkan.

Untuk makluman, sebelum ini para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Seperti yang dijangka, hampir semua bank di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali mengenakan caj RM1, jika mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di bank lain bermula 1 Februari 2022.

Caj ini akan dikenakan sekiranya pengeluaran di lakukan di mesin ATM selain kad bank yang digunakan. Contohnya, pemegang kad bank MAYBANK akan dikenakan caj RM1 sekiranya mengeluarkan duit di mesin ATM selain MAYBANK. Begitu juga dengan bank-bank yang lain.

Notis Bank:

Selepas CIMB membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, perkara sama turut diumumkan Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.

Berikut merupakan notis yang dikeluarkan daripada pihak bank:

  1. HSBC Bank Malaysia

2. Bank Islam Malaysia Berhad:

3. Bank Simpanan Nasional.

Cara Elak Caj:

Anda masih boleh mengelakkan caj tersebut dengan membuat pengeluaran mengikut mesin ATM yang sama dengan akaun bank masing-masing.


Maklumat Lanjut:

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi bank anda.

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Caj Pengeluaran ATM Antara Bank Mulai Febuari 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia