Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura!

Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura – Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Terkini, jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon akan berdepan cabaran kedua menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapura esok. Walaupun hanya perlawanan persahabatan tetapi beliau menganggap ianya penting sebagai penilaian terhadap pemain Malaysia untuk beraksi dengan lebih baik.

Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura! 8

Penggendali dari Korea Selatan itu menyatakan perlawanan kedua pasukan ini sangat menarik kerana mempunyai sejarah pertemuan yang hebat serta dikenali sebagai pertembungan klasik ‘Derbi Seberang Tambak’. Beliau juga mahukan anak buahnya terus mengekal momentum kemenangan dan mengekalkan aksi corak permainan yang tersusun.

Tambah Kim Pan Gon,beliau mahu pemain Malaysia mempamerkan aksi yang positif agar penilaian dapat dibuat dengan sebaik mungkin dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa ini. Jelas beliau, kemenangan perlu dilakarkan untuk menaikkan moral dan motivasi pasukan supaya kekal konsisten menjelang perlawanan penting dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura! 9

“Saya baru saja ambil alih pasukan dan kami sudah melalui beberapa sesi latihan serta aksi persahabatan (menentang Filipina) sebelum ini. Ini adalah aksi perlawanan kedua dan objektif ke sini (Singapura) adalah untuk menilai kemampuan semua pemain. “Ia juga sebagai medan untuk melihat kefahaman taktikal dan eksperimen. Ya saya sedar perlawanan malam esok juga penting dan sebagai jurulatih saya juga ada matlamat sendiri. “Apa yang saya tahu ia satu aksi derby dan sangat penting, namun perkara paling mustahak adalah menyediakan pasukan untuk Kelayakan Piala Asia dan Piala AFF.

“Kita cuba bentuk pasukan dengan asas terbaik serta cuba memberi kefahaman yang jelas tentang taktikal dan teknikal permainan yang kita mahukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini menerusi Harian Metro.

Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura! 10

Untuk rekod perlawanan lalu, pertembungan kedua pasukan ini jelas memihak kepada Malaysia kerana daripada 68 kali pertemuan, skuad kebangsaan telah melakar 26 kali kemenangan ke atas Singapura. Berbanding dengan tuan rumah iaitu Singapura, skuad ini hanya meraih 20 kemenangan dan selebihnya mencatat keputusan seri sejak kali pertama bertemu Malaysia pada tahun 1967 dan dijangka memberi saingan sengit kepada Malaysia dibawah bimbingan jurulatih sementara, Nazri Nasir.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3