Permohonan Bantuan Banjir Kelantan Terengganu Sebanyak RM1000


Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 adalah insiatif pantas kerajaan berbentuk bantuan wang ringgit bagi membantu keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu dan Kelantan.

Sejak Jumaat lalu,  banjir gelombang keempat yang melanda negeri-negeri pantai timur telah menjejaskan lebih 26,697 penduduk di Terengganu dan Kelantan.

Kerajaan turut bersimpati terhadap nasib penduduk yang berdepan dengan kerosakan rumah dan rumah yang hanyut akibat banjir.

Selain bantuan wang ihsan, kerajaan turut menyalurkan pelbagai lagi bentuk bantuan kepada penduduk terjejas banjir bagi meringankan beban mereka.

Antaranya, bayaran tunai RM2,500 untuk pembelian tunai barang keperluan asas yang rosak akibat banjir, baucar atau rebat RM500 bagi kerosakan barangan elektrik, RM1,000 bagi pembaikian kenderaan rosak dan diskaun 50% bagi pembelian alat ganti yang disediakan syarikat Perodua serta percuma bagi menunda kenderaan yang rosak ditenggelami banjir.

Baucar RM1,000 itu juga boleh digunakan untuk membayar deposit kenderan baru seperti motosikal yang rosak akibat bencana tersebut.

Baca juga:

Cara Memohon:

Berikut merupakan cara untuk memohon:

Langkah 1: Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing.

Langkah 2: BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

Langkah 3: Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Langkah 4: Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

Syarat Permohonan:

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan:


  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah mangsa yang terjejas dengan bencana banjir .
  • Permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah.
  • Permohonan adalah untuk 1 rumah sahaja yang terlibat.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Banjir Kelantan Terengganu atau hubungi di talian +603-8870 4800.

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Permohonan Bantuan Banjir Kelantan Terengganu Sebanyak RM1000” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia