Home » Permohonan » Kempen Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapatkan Tabung Wang Percuma 9.9.2021

Kempen Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapatkan Tabung Wang Percuma 9.9.2021

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE 9.9

999 buah Tabung Wang TH bagi 999 pendeposit terawal yang bertuah melakukan Pembukaan Akaun Secara Maya (Virtual Account Opening) pada tarikh berikut:

  • 9.9.2021
  • 10.10.2021
  • 11.11.2021
  • 12.12.2021

Portal Malaysia ingin kongsikan cara buka akaun TH online & syarat-syarat untuk anda mendapatkan tabung ekslusif TH.

Kempen Buka Akaun TH Secara Maya (VAO)

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Maklumat Kempen

  1. Terbuka kepada semua pembukaan akaun baru secara maya sahaja.
  2. Daftar VAO pada 9 September 2021, 10 Oktober 2021, 11 November 2021 ataupun 12 Disember 2021 untuk melayakkan penyertaan anda.
  3. Terhad kepada pendeposit terawal yang ditetapkan pada setiap tarikh yang telah ditetapkan.

Syarat Mendapatkan Tabung TH Percuma

  1. Pembukaan akaun baru dibuat secara dalam talian menerusi VAO.
  2. Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu memilih satu cawangan TH untuk melakukan urusan pengesahan.
  3. Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di media sosial dan laman web TH.
  4. Tuntutan boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik dan pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran VAO.
  5. Pengesahan akaun dibuat dengan syarat deposit minimum RM 100.
  6. Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan yang lain, tidak memenuhi syarat deposit minimum atau melebihi tempoh pengesahan akaun.
  7. Pendeposit yang memenuhi syarat & kelayakan kempen akan menerima Tabung Wang TH selepas pengesahan akaun dibuat.
  8. Keputusan TH adalah muktamad & berhak meminda tarikh pengumuman tanpa notis.

Baca juga: Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online (Virtual Account Opening / VAO)

Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.

Syarat – syarat :

  • Beragama Islam & waras.
  • Warganegara Malaysia sahaja.

Dua kategori akaun:

  • Akaun Dewasa
  • Akaun Kanak-kanak

AKAUN DEWASA

  • Berumur 18 tahun & ke atas mengikut tarikh lahir.
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran nanti.

AKAUN KANAK-KANAK

  1. Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  2. Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  3. Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  4. Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun kanak-kanak.
  5. Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  6. Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

Baca juga: Institut Latihan Memandu (ILP) Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September Ini

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan & aplikasi THiJARI.

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian & kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  3. Isikan maklumat dalam borang online yang disediakan.
  4. Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad & amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
  5. Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, & anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja!

Mudah kan?

Maklumat Lanjut

📞 : +603-62071919(THCC)
📱 : Muat turun aplikasi THiJARI
📧 : [email protected]
🌐 : https://www.tabunghaji.gov.my/

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Kempen Buka Akaun Tabung Haji Online (VAO) & Dapatkan Tabung Wang Percuma 9.9.2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!