Jom Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak Anda Dividen Tinggi


Duit Raya anak anda banyak pada tahun ini? Jom menyimpan di akaun Maybank Yippie kerana pulangan dividen yang tinggi.

Syarat Kelayakan

Terbuka kepada semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan penjaga di bawah umur 60 tahun.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa membuat pembukaan akaun di Maybank seperti :


  1. Sijil kelahiran asal dan MyKid
  2. Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  3. Passport bagi ibu bapa bukan warganegara Malaysia seperti permit belajar/pekerja, visa yang masih sah dan surat pengesahan majikan/institusi pengajian sekiranya ada.
  4. Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat kad ATM atau tidak.
  5. Sediakan wang tunai RM100 untuk pembukaan akaun Yippie

Manfaat Simpanan Akaun YIPPIE

  1. Simpanan berdasarkan kontrak Murabahah Komoditi (kos tambah jualan)
  2. Kadar Deposit Tetap-i Islam selama satu bulan daripada akaun simpanan anda, tertakluk kepada 1 pengeluaran sebulan selama enam bulan berturut-turut
  3. Ganjaran tunai untuk gred cemerlang di PT3, SPM, STPM dan peringkat ijazah tertakluk kepada baki akaun minimum RM500.
  4. Perlindungan Takaful Kemalangan Diri (PATC) percuma sehingga RM70,000 untuk anda dan anak anda
  5. Akses kepada lebih 5,800 MEPS ATM di seluruh negara dan rangkaian PLUS di seluruh dunia.
  6. Akses akaun anda melalui Maybank2u.com dan dapatkan tambah nilai prabayar, muat turun percuma dan banyak lagi.
  7. Jadual dibawah merupakan maanfaat yang akan diperolehi apabila menyimpan wang di akaun YIPPIE

Cara Buka Akaun

Terdapat dua cara untuk buka akaun Yippie, iaitu :

PEMBUKAAN SECARA MANUAL

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran
  2. Dapatkan borang dan lengkapkan segala maklumat
  3. Tunggu Permohonan anda diproses
  4. Selesai

2. PEMBUKAAN SECARA TALIAN


Layari pautan pembukaan akaun Yippie Maybank: www.maybank2u.com.my

  1. Lengkapkan borang tersebut dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  2. Semak kembali maklumat yang telah anda isikan.
  3. Sekiranya tepati, klik Submit untuk menghantar permohonan anda

Maklumat Lanjut

Boleh layari website rasmi Maybank di pautan www.maybank2u.com.my 




mybsn
BKM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3