Home » Gosip Artis Malaysia » Bubblebee Shuib Dapat Anugerah Antarabangsa.

Bubblebee Shuib Dapat Anugerah Antarabangsa.

Bubblebee ialah rangkaian minuman teh susu dan jenama teh buih Malaysia yang pada mulanya beroperasi di Kuala Lumpur. Air Bubblebee terkenal dengan minuman teh berasaskan madu yang mana ianya diasaskan oleh pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddun.

Bubblebee diasaskan pada Disember 2019 oleh Shuib dan arwah isterinya Sarah, yang mana kedai pertama mereka beroperasi di Menara U2, Shah Alam Selangor.  Asas utama minuman yang disajikan di BubbleBee ini adalah madu tempatan serta dengan ais krim yang diadun dengan madu lebah, sekali gus membangkitkan rasa enak kerana madu memberi banyak khasiat dan manfaat kepada kesihatan. Sehingga kini, Bubblebee sudah mempunya 43 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Daripada posting terbaru daripada Shuib, dia telah berkongsi gambar dan bersyukur kerana usahanya dalam membangunkan Bubblebee mendapat pengiktirifan daripada Made For The World Excellence Awards 2021 sebagai Lifestyle Beverage Brand Of The Year.

“Ada Banyak Perkara Yang Perlu Dikorbankan Demi Satu Kejayaan, ianya termasuklah hati dan perasaaan , Syukur diatas segala kurniaan , terima kasih di atas segala doa dari kalian “

Shuib juga baru menerima Sijil Penghargaan di atas kerjasama Bubblebee dalam menjayakan karnival kerjaya dan usahawan wanita anjuran Jabatan Pembangunan Malaysia

Melalui perkongsian gambar Shuib tersebut , dia telah mendapat pelbagai komen membina dari rakan artis dan para peminat yang juga merasa bangga dan gembira diatas pencapaiannya . Rakan artis tidak berhenti mengucapkan tanniah dan shuib dibanjiri komen dari peminat yang memberi komen positif dan mendoakan kejayaannya.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar panduan dan ringkasan artikel related dengan “Bubblebee Shuib Dapat Anugerah Antarabangsa.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes