Bantuan Sabah Prihatin 2021 : Cara Semak Kelayakan
Rakyat Sabah tidak perlu risau kerana ada berita baik buat anda, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih 154.83 juta untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 untuk membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Portal Malaysia ingin berkongsi cara semak kelayakan bantuan Sabah Prihatin 2021.
Senarai Kandungan
Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0
BSP 3.0 adalah bantuan tambahan kepada BSP 1.0 dan 2.0 sebelum ini yang telah memperuntukkan sebanyak RM238,369,318 juta. Bantuan kali ini akan memberikan RM300 secara one-off kepada 370,432 penerima dan bantuan bakul makanan kepada 343,665 penerima yang terpilih.
Bantuan ini bakal diagihkan tidak lama lagi kepada kesemua kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak JKM – Maksimum RM1,000 Untuk Setiap Keluarga Sebulan
Senarai Bantuan BSP 3.0
Bantuan RM300 akan diberikan kepada mereka :
- Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
- Usahawan mikro & kotej
- Penjaja kecil
- Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baru
- Nelayan, petani, pekebun sait (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
- Pemandu pelancong, penggiat seni, divemaster, malim gunung dan porter (sektor pelancongan)
Bantuan RM1000 – RM5000 (Hotel / Penginapan / Pengusaha Pelancongan)
- Hotel 4 & 5 bintang – RM5,000
- Hotel 3, 2, & 1 bintang – RM2,000
- 3, 2, 1, orkid – RM2,000
- Persatuan Homestay – RM1,000
- Hotel yang belum mendapat penarafan – RM1,000
- Pengusaha pelancongan – RM2,000
Tarikh Pembayaran
Bantuan ini bakal diagihkan dalam masa terdekat merangkumi bayaran secara one-off RM300.
Baca Juga : Semakan BPR Tambahan : Bantuan Sehingga RM500
Cara Permohonan Dan Semakan
Anda boleh melayari portal BSP di bawah:
1. https://bantuan.covid19.sabah.gov.my
2. https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat atau petanyaan:
Boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah
Related Posts
- Cara Mohon KedahCare Bantuan Terjejas COVID-19
- Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon, Inisiatif Bantuan Rakyat Tahun 2021
- BPR Fasa 3: Cara Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga
- i-Citra KWSP: Cara Semak & Jadual Jumlah Duit Masuk Mulai Ogos 2021
- Cara Mohon Bantuan Insentif Ibu Bersalin KWKPK (IIB) RM450