BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Ia juga menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.
Senarai Kandungan
Tarikh Permohonan:
Permohonan akan dibuka mulai 27 Disember 2021.
Mangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
- Bukan seorang yang muflis.
- Hanya satu permohonan sahaja daripada satu isi rumah.
Cara Permohonan:
Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian.
Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.
Borang permohonan:
Dokumen Yang Diperlukan:
Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.
Maklumat Pembiayaan:
- Kadar Keuntungan: 0.00%
- Had Pembiayaan: Sehingga RM10,000.
- Tempoh Pembiayaan: 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
- Kaedah Bayaran: Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN.
Semakan Status Permohonan:
Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.
Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan Semak Permohonan – MyRinggit-i Banjir.
Maklumat Tambahan:
Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Maklumat Lanjut:
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Mohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022
- Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Sepanjang Ogos Ini
- Tebus Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Sehingga RM700 Untuk B40
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia