BSN Mikro Bantuan Sehingga RM50K Untuk PKS, Permohonan Kini Dibuka

BSN Mikro 2021 Bantuan Sehingga RM50K Untuk PKS

Ramai yang ingin berniaga ketika PKP ini, namun tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan anda?

Dengan itui Portal Malaysia ingin berkongsi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh anda semua iaitu permohonan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

BSN Mikro Bantuan Sehingga RM50K Untuk PKS, Permohonan Kini Dibuka 2

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan perlaksaan 20 inisiatif PEMERKASA ini,  dimana salah satunya mengenai ialah kemudahan mikro kredit kepada usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta untuk rakyat Malaysia.

Baca Juga : YES Prihatin: Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk B40

Syarat Kelayakan


Syarat-syarat kelayakan bagi anda yang ingin memohon:

  1. Pembiayaan ini ditawarkan bagi perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19 yang melanda.
  2. Syarikat perniagaan hendaklah dimiliki oleh warganegara Malaysia sahaja.
  3. Syarikat perniagaan anda berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  4. Pemohon mestilah bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  5. Perniagaan pemohon mestilah sudah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara Memohon


BSN Mikro Bantuan Sehingga RM50K Untuk PKS, Permohonan Kini Dibuka 3

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemohon:

  1. Sila muat turun borang pemohonan di pautan https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/micro.pdf.
  2. Sila isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Dan hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada cawangan BSN yang berdekatan anda.

Dokumen Yang Diperlukan


Dokumen yang diperlukan dan hendaklah dihantar bersama borang permohonan anda adalah:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan).
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak bank.

Baca juga : Bantuan RM1000 Kepada Golongan Belia Yang berumur 18-30 Tahun

Tempoh Pinjaman


Menurut Bank Simpanan Nasional, amaun pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro i Kredit Prihatin adalah :

  1. Amaun: Maksimum sehingga RM75,000
  2. Tempoh: Antara 1 hingga 5.5 tahun
  3. Kadar Keuntungan / Faedah : 0% (Sebelum ini 2%)

Maklumat Lanjut


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai BSN Micro i Kredit Prihatin, sila hubungi talian BSN yang disediakan berikut:

  1. Telefon : 1-300-88-1900
  2. Laman web rasmi: https://www.mybsn.com.my/

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3