Bruno Fernandes Dilaporkan Setuju Dengan Kontrak Baru United!

Kontrak Baru Buat The Magnifico!  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dilaporkan sudah mempersetujui kontrak baharu untuk terus kekal bermain di United.

Bruno Fernandes Dilaporkan Setuju Dengan Kontrak Baru United! 8

Wartawan bolasepak terkenal,Fabrizio Romano melaporkan Manchester United telah berada di fasa akhir rundingan untuk memberikan kontrak baharu kepada Bruno Fernandes. Laporan terbaru ini membuatkan penyokong ‘The Red Devils’ gembira walaupun kelab berhadapan dengan krisis prestasi tidak menentu pasukan tersebut.

Bruno Fernandes Dilaporkan Setuju Dengan Kontrak Baru United! 9

Walaupun Bruno Fernandes antara pemain kesebelasan utama United yang menampilkan aksi yang cemerlang, dikhabarkan kontrak baharu tersebut hanya menjadikan beliau sebagai pemain ke 7 dengan gaji tertinggi di Old Trafford. Namun, pemain tengah Portugal tersebut dikatakan gembira dengan kehidupannya di Manchester.

[the_ad id=”21122″]

Tentang struktur gaji di United,kelab telah dikritik berulang kali sejak beberapa musim lalu apabila ada pemain yang dibayar gaji mahal tetapi menampilkan persembahan yang kurang memuaskan. Misalnya,pemain seperti Marcus Rashford yang mempamerkan aksi hambar setelah kembali dari kecederaan bahu serta Harry Maguire yang sentiasa bergelut untuk memberikan persembahan yang konsisten di setiap perlawanan. Ini kerana kedua pemain itu masing masing menduduki tangga ke 8 dan ke 9 gaji di Old Trafford dengan bayaran £200,000 dan £190,000 seminggu.

Bruno Fernandes Dilaporkan Setuju Dengan Kontrak Baru United! 10

Pemain lagenda United seperti Cristiano Ronaldo pula menduduki tangga teratas menikmati gaji sebanyak £480,000 seminggu, di ikuti David De Gea ditangga kedua dengan gaji £375,000 seminggu serta Jadon Sancho ditangga ketiga dengan gaji £350,000 seminggu. Struktur gaji seperti United ini menjadikan kelab sebagai antara kelab yang membayar gaji mahal kepada pemain.

Namun sebagai perbandingan, Bruno Fernandes yang dibeli pada Januari 2020 dilaporkan bersetuju dengan gaji £240,000 seminggu yang ditawarkan oleh Manchester United. Kontrak baharu tersebut akan mengekalkan Bruno dalam tempoh lima tahun lagi di Old Trafford.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3