Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Cara Mohon Bumiputera Relief Financing (BRF) PUNB

by portalmalaysia
September 21, 2020
in Bantuan
A A

BRF merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dalam memberi sokongan kepada usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terjejas kesan daripada penyusutan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.

Pembiayaan ini juga bagi memastikan kemampanan dan kestabilan perniagaan Bumiputera kembali pulih serta dapat menyesuaikan perniagaan dengan model yang baharu ekoran perubahan norma pasaran ekonomi dan persekitaran.

Senarai Kandungan

  • Syarat Kelayakan Mohon Bumiputera Relief Financing (BRF)
  • Jenis Sektor Akan Dibiaya
  • Cara Mohon BRF
  • Dokumen Yang Diperlukan Mohon BRF PUNB
  • FAQ
  • Apa Keistimewaan Yang Akan Dapat?
  • Apa Yuran Yang Akan Dikenakan
  • Lagi FAQ Rujuk

Syarat Kelayakan Mohon Bumiputera Relief Financing (BRF)


Pembiayaan ini layak dipohon oleh setiap usahawan Bumiputera yang terjejas akibat daripada ekonomi yang merundum disebabkan oleh pandemik COVID-19. Bagi anda yang ingin membuat permohonan Bumiputera Relief Financing (BRF), berikut ialah syarat permohonan yang diperlukan :

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

  • Perniagaan Bumiputera yang terjejas akibat daripada ekonomi
    merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19dengan minimum hasil perolehan jualan sebanyak RM300 ribusetahun.
  • Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badanbadan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:
    – Syarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)
    – Syarikat Multinasional (MNC)/Firma besar
    – Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    – Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)
    – Syarikat Milik Kerajaan Negeri
    – Koperasi
  • Perniagaan milik Bumiputera (sekurang- kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera)
  • Rekod kewangan yang memuaskan
Lihat Juga  Bantuan RM150 Tanpa Kira Had Pendapatan - Jom Semak!

Jenis Sektor Akan Dibiaya


Berikut ialah senarai sektor atau industri pembiayaan :

  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Kejuruteraan & Pembuatan
  • Sistem & Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
  • Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)

Cara Mohon BRF


Anda boleh membuat permohonan pembiayaan melalui dalam talian di
portal rasmi PUNB di www.punb.com.my. Sila isi setiap maklumat dan muat naik dokumen diperlukan semasa penghantaran permohonan

Lihat Juga  Semakan BPN - Bayaran Fasa 2 Mulai 4-20 Mei 2020

Langkah 1 : Sila layari ke pautan https://www.punb-online.com.my/ untuk membuat permohonan

Laangkah 2 : Klik pada butang “Mohon Sekarang!”

Langkah 3 : Masukkan maklumat perniagaan anda seperti Nama Syarikat, Nombor Pendaftaran Syarikat, Sektor Perniagaan dan lain-lain maklumat

Langkah seterusnya : Klik pada butang “Teruskan” dan ikuti langkah serta arahan seterusnya seperti yang diminta

Dokumen Yang Diperlukan Mohon BRF PUNB


Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan BRF Refund :

  • Dokumen berkanun syarikat seperti:
    -M&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)
    – Borang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)
    – Sijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan – jika ada)
    – Sdn Bhd – Penyata KWSP, LHDN & PERKESO
    – Lain-lain dokumen berkaitan
  • Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)
  • Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)
  • Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Profil syarikat (sekiranya ada)
  • Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)
  • Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia ada
  • Salinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang saham
  • Borang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohon
  • Penyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sah
  • Bukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan.pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.
Lihat Juga  Boleh Kena Denda RM50000 Peniaga Minta PM TEPI Dan Tidak Pamer Harga

FAQ


Apa Keistimewaan Yang Akan Dapat?

- Pemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana - Tiada cagaran diperlukan -Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 3 minggu (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap)

Apa Yuran Yang Akan Dikenakan

- Pemprosesan - Dokumentasi - Setem Duti - 3 bulan deposit sekuriti - Takaful Hayat dan Premis (Kebakaran & Kecurian/Pecah Masuk)

Lagi FAQ Rujuk


Untuk dapatkan lebih lagi persoalan dan jawapan mengenai BRF PUNB anda boleh rujuk dan klik di pautan seperti di bawah :

  • FAQ BRF

Jadi kepada peniaga dan usahawan bumiputera dimana perniagaannya terkesan oleh pandemik COVID-19, anda boleh membuat permohonan BRF PUNB untuk membantu anda menjalankan dan membangunkan perniagaan semula dengan mengikuti perkara seperti di atas. Semoga bermanfaat.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel di [email protected]

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 10shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 10shares
  • 7
  • 3
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×