“Brazil” Calon Juara K.Rajagobal!


Datuk K Rajagobal mengakui beliau adalah peminat Brazil kerana bola sepak samba dan akan menyokong pasukan itu dalam Piala Dunia.

"Brazil" Calon Juara K.Rajagobal! 1
Datuk K. Rajagobal telah memilih Brazil sebagai pasukan pilihannya untuk menjadi juara Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Brazil merupakan salah sebuah pasukan pilihan dalam temasya kali ini. Membariskan pemain pemain bintang mereka terutama sekali yang berpangkalan di Eropah.


Sila Baca Disini : Piala AFF Untuk Pasukan B-23?

“Brazil” Calon Juara K.Rajagobal!

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menyatakan bahawa beliau peminat tegar bola sepak samba. Bermakna akan memilih Brazil sebagai pasukan pilihannya.

Datuk K Rajagobal tetap waspada bahawa dalam temasya seperti Piala Dunia, mana mana pasukan boleh menunjukkan aksi terbaik mereka termasuk pasukan yang bergelar underdog.


Bercakap kepada wartawan, ketika ditanya pasukan pilihan, Rajagobal berkata: “Saya seorang peminat tegar bola sepak samba, Brazil.”

“Namun bola sepak adalah sukan yang sukar dijangka. Dan mana mana pasukan boleh menunjukkan aksi terbaik mereka ketika beraksi dalam Piala Dunia.”

"Brazil" Calon Juara K.Rajagobal! 2
“Pasukan pilihan saya adalah Brazil.”


Piala Dunia akan berlangsung dalam masa kurang 2 minggu lagi. Setiap pasukan sudah memulakan persiapan yang mereka mampu.

Dan sudah banyak pasukan sudah mengumumkan pasukan penuh untuk berentap di Qatar.

Bagi Brazil, mereka memiliki ayam tambatan seperti Neymar, Alisson Becker serta ramai lagi.


Adakah bola sepak samba akan menjadi juara dunia sekali lagi?

Sebagai rekod, Brazil merupakan pasukan paling berjaya dalam temasya utama bola sepak itu. Mereka telah memenangi 5 Piala Dunia di dalam sejarah kejohanan tersebut.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3