BAYARAN BPR TAMBAHAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA+ 2021
Ramai yang keliru bila duit BPR Tambahan anda akan masuk. Ada yang kata pada bulan Jun, ada pula yang kata pada bulan September.
Sebabnya ada 2 jenis bayaran BPR Tambahan yang telah dijadualkan, iaitu untuk penerima sedia ada dan penerima rayuan BPR.
Berikut adalah jadual terkini:
Melalui Pakej Bantuan PEMERKASA+ 3.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, telah diumumkan beberapa bantuan untuk membantu kelangsungan hidup rakyat dalam pelaksanaan PKP Penuh mulai 1 Jun 2021.
Antara yang diumumkan adalah bantuan tambahan BPR 2021 kepada penerima sedia ada.
Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah:
Baca Juga : Tarikh Pembayaran i-Sinar Julai 2021. Semak Sekarang!
Senarai Kandungan
Apakah BPR Tambahan?
Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.
RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Jumlah Bayaran BPR Tambahan 2021
Jumlah bayaran yang diumumkan adalah seperti dibawah:
Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
Tambahan RM100 : Bujang
Untuk makluman anda, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.
Tarikh Bayaran
Menurut Perdana Menteri, bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima mulai hujung bulan Jun 2021 ini.
Bayaran ini adalah ialah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang masih berlangsung setakat ini.
Cara Permohonan / Semakan
Peringatan : Penerima BPR tidak perlu membuat permohonan kerana ia akan disemak melalui data yang sedia ada.
Baca Juga : Harga Denda MyKad Hilang & Semakan Rayuan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info terkini melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat di pautan ini https://bpr.hasil.gov.my/ atau
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
ATAU
Rujuk FAQ seperti di bawah ini: