BPR tambahan (Bantuan Prihatin Rakyat) semakan boleh dibuat bagi mereka yang telah memohon sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, bayaran untuk fasa pertama BPR telah pun diagihkan pada 24 Februari yang lalu secara berperingkat.
Dalam artikel ini, Portal Malaysia akan kongsikan kepada pembaca maklumat lanjut mengenai kemasukan bayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa 2 ini.
Baca Juga : Cara Daftar MyBSN Online
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Fasa 2
Bermula pada hari ini, bayaran BPR ada yang sudah diagihkan kepada B40 & M40. Berikut adalah skrinshot bukti mereka yang telah masuk.
Kebanyakkannya penerima yang telah masuk adalah daripada pemegang akaun BSN (Bank Simpanan Nasional).
Untuk bank lain, akan masuk secara berperingkat. Diharap bersabar dan sila semak di akaun bank online dahulu sebelum keluarkan di ATM.
BPR Fasa 2 akan memanfaatkan kepada lebih 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas (bujang) & lebih 3.8 juta bujang. Bayaran akan diagihkan secara berperingkat mulai 7 Mei 2021.
Peruntukan keseluruhan adalah berjumlah sehingga RM2.75 billion.
Jumlah & Jadual Pembayaran
Pada BPR fasa 1, bayaran kategori isi rumah akan menerima RM300 & untuk kategori bujang akan menerima RM150.
Untuk fasa kedua inu, pembayaran adalah antara RM150 hingga RM600 berdasarkan kelayakan masing-masing.
Semakan BPR Fasa 2 (Klik Bawah)
Semakan BPR ini boleh dibuat secara atas talian/online. Sila klik di pautan berikut untuk buat semakan kelulusan anda.
Bantuan Prihatin Rakyat (Semak Sini)
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut :
1. Kredit terus ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang aktif & telah didaftarkan.
2. Tebus Tunai di Kaunter BSN
- Jika sebelum ini, penerima pembayaran BSH 2020/ BPN 2.0 adalah secara tunai, maka pembayaran anda akan dilakukan secara tunai.
Kadar Bantuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Pertama
Berapa yang anda akan dapat untuk BPR fasa 1 ini? Untuk Fasa Pertama ini, bayaran yang akan diterima oleh rakyat yang berkelayakan adalah seperti berikut :
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat ini, sila hubungi talian di bawah.
- Hotline BPR : 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Portal Malaysia berharap artikel ini bermanfaat untuk anda. Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan ini.
Soalan Lazim FAQ
Bilakah tarikh pembayaran BPR Fasa 2?
Tarikh pembayaran akan diagihkan bermula pada 7 Mei secara berperingkat.
Jika saya tidak layak untuk BPR Fasa 1, adakah saya boleh buat permohonan baru?
Ya boleh, sila buat permohonan baru sebelum tarikh tutup.
Jika maklumat bank salah, adakah saya perlu kemaskini maklumat akaun bank?
Kemaskini untuk akaun bank adalah tidak dibenarkan, sila hubungi talian hotline untuk penukaran.
Sumber : Hasil.Gov