- 4.2Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
BPR Fasa 1 2021. BPR atau dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat untuk Fasa Pertama telahpun diawalkan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia.
Mereka yang pernah menerima BSH 2020/ BPN 2.0 sebelum ini, layak mendapat bayaran Fasa Pertama BPR 2021.
Baca Juga : BPR – Cara Permohonan
Tarikh Pembayaran BPR Fasa 1
Pembayaran untuk Fasa Pertama BPR akan diagihkan mulai penghujung Februari 2021 ini SECARA BERPERINGKAT.
Kadar Bantuan BPR Fasa Pertama
Untuk Fasa Pertama ini, bayaran yang akan diterima oleh rakyat yang berkelayakan adalah seperti berikut :
Cara Permohonan BPR
Untuk permohonan BPR Bantuan Prihatin Rakyat 2021, sila klik di pautan berikut :
Bagi mereka yang sudah isi permohonan, boleh buat semakan BPR di laman web rasmi PortalMalaysia.
Kaedah Pembayaran Fasa Pertama
Apakah kaedah pelaksanaan bayaran untuk Fasa Pertama BPR 2021? Kaedah pembayaran adalah seperti berikut :
1. Kredit terus ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan.
2. Tunai di Kaunter BSN
- Jika sebelum ini, pembayaran BSH 2020/ BPN 2.0 adalah secara tunai, maka pembayaran anda akan dilakukan secara tunai.
Soalan Lazim FAQ
Jika maklumat bank salah, adakah saya perlu kemaskini maklumat akaun bank?
Kemaskini untuk akaun bank adalah tidak dibenarkan.
Jika saya tidak layak untuk BPR Fasa 1, adakah saya boleh buat permohonan baru?
Ya boleh.
Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021?
Tarikh pembayaran adalah pada penghujung Februar 2021.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh rujuk di bawah :
Hotline BPR : 1-800-88-2747
atau FAQ (Klik Sini)
Portal Malaysia berharap artikel ini bermanfaat untuk anda. Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan ini.