Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Portal Rasmi

BPR 2021 – Bantuan Prihatin Rakyat. Bantuan RM350 – RM1800.

portalmalaysia by portalmalaysia
January 16, 2021
in Portal Rasmi, Bantuan, Isu Semasa
Reading Time: 3min read
0

BPR 2021 atau Bantuan Prihatin Rakyat adalah bantuan baharu yang bakal menggantikan BSH pada tahun 2021 ini, dimana terdapat beberapa kategori isi rumah dan bujang yang bakal dapat bantuan. BPR telah dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Belanjawan 2021. Anda boleh mohon di Portal Rasmi BPR apabila permohonan telah dibuka.

Apakah Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?

💵Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH), sekiranya belanjawan ini diluluskan, maka insentif baru ini akan dilaksanakan bagi BSH digantikanya.

ArtikelBerkaitan

BPN 2.0 – Cara Check BPN Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional 2021 (Tutorial)

i-Lestari : Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Januari 2021 RM500 Sebulan

i-Sinar : Cara Mohon & Semak Pengeluaran iSinar KWSP (Tutorial)

Syarat Kelayakan BPR 

Bagi tahun 2021, Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik seperti berikut:

Kategori Kelayakan Permohonan BPR 2021

🏡Isi Rumah
1️⃣Kahwin; atau
2️⃣Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
3️⃣Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas

🙍‍♂️ Bujang
1️⃣Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
2️⃣Had umur:
✅21 tahun hingga 59 tahun; atau
✅18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan Permohonan BPR 2021

🏡Isi Rumah
1️⃣Pemohon
✅Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
✅Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
2️⃣Pasangan
✅Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
✅Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
3️⃣Anak (jika mempunyai anak)
✅Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
✅Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
✅Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
✅Had umur:
✅✅17 tahun dan ke bawah; atau
✅✅18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

🙍‍♂️ Bujang
1️⃣Pemohon
✅Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
✅Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
✅Lelaki atau wanita yang berumur:
✅✅21 tahun hingga 59 tahun; atau
✅✅18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Cara Buat Permohonan BPR 2020

Pendaftaran BPR 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).Untuk makluman yang permohonan BPR 2021 boleh dibuat  melalui kaedah-kaedah berikut:

Permohonan Secara Dalam Talian
1️⃣Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my (macam biasa tunggu waktu lapang skit kalau nak buka, sekarang jem)
2️⃣Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit (yang ni bahaya sedikit, kena cari apps yang betul-betul gov punya).

Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
1️⃣Portal Rasmi BPR LHDNM / BPR 2021 (BK-01); atau
2️⃣Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Untuk yang guna borang anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
1️⃣
Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
2️⃣Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
3️⃣Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
4️⃣Pejabat Daerah / Pejabat Residen
5️⃣Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
❌Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Perbezaan BSH dan BPR

Berikut ialah rajah yang menunjukkan perbezaan di antara BSH dan BPR dan juga jenis pendapatan dan jumlah bantuan yang layak diperolehi :

Soalan Lazim (FAQ) BPR

Bila BPR Akan Dilaksanakan?

BPR akan dilaksanakan pada tahun 2021

Betul Ke Bujang Pun Dapat BPR?

Betul, bujang dengan pendapatan RM2500 kebawah dan berumur 21 keatas layak dapat BPR RM350.

Bagaimana Nak Mohon BPR?

Boleh rujuk portal rasmi bpr.hasil.gov.my.

Tambahan FAQ BPR 2021 Boleh Rujuk -> FAQ BPR 2021

Jenis Jenis Borang BPR

👉Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01)
👉Borang Kemaskini Maklumat Permohonan BPR (BK-02)
👉Borang Pembatalan Permohonan (BK-05)
👉Borang Dokumen Sokongan (BK-04)

PortalMalaysia berharap agar pembaca mendapat manfaat dan info yang berguna daripada artikel ini. Mohon sebarkan dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan adik-beradik anda.

Maklumat Lanjut BPR

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi berikut:

📍Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
☎️Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
⏰(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
☎️MoF: 03-8882 4565 / 4566
⏰(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
🏢Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM

Penafian – Semua artikel admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “BPR 2021 – Bantuan Prihatin Rakyat. Bantuan RM350 – RM1800.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
Source: Bantuan Prihatin Rakyat
Via: BPR.Hasil.Gov.My

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • WhatsApp
  • Facebook
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook
  • Telegram