Didaftarkan BPN sebagai “suami orang” sedangkan beliau masih bujang.
Sarawak : Baru-baru ini seorang lelaki bujang yang berasal dari sarawak, memuat naik status di laman sosial yang menunjukkan beliau kehairanan melihat satuts Bantuan Prihatin Nasional tidak layak.
Dan reason yang diberi mengatakan beliau merupakan suami orang kepada penama seorang perempuan yang layak mendapat BPN tersebut.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ada beberapa alasan sebenarnya yang akan membuat status BPN anda tidak layak antaranya boleh rujuk di bawah ini.
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi
RM8,000 - Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000
- Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar
- Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data
agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas
Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan. - Status kahwin dengan maklumat yang sama
Berbalik kepada cerita tadi, menerusi sebuah posting yang dibuat oleh lelaki bujang tadi, beliau kehairanan mengapa status nya tidak layak, dengan alasan beliau merupakan suami orang, bermakna beliau berada pada alasan “status kahwin dengan maklumat sama”, bila di semak oleh pejabat LHDN tempat beliau pergi, ic nya telah didaftarkan sebagai “Suami” kepada seoarang wanita yang beliau sendiri tidak kenali.

Katanya lagi, beliau yang berumur 21 tahun terkejut dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab seorang individu tersebut yang menggunakan data peribadinya, mana mungkin beliau telah bergelar suami orang sedangkan beliau belum pernah berkahwin dan tidak mengenali wanita tersebut.
Permohonan BPN Palsu Merupakan Satu Kesalahan
Menurut agensi, sebarang permohonan bantuan kerajaan yang palsu merupakan satu kesalahan yang tidak bertanggungjawab, dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Disebakan hal demikian, lelaki tersebut telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut.
Disebakan hal demikian, jika permohonan itu Layak, perempuan tersebut boleh mendapat wang tunai bantuan BPN penuh yang berjumlah RM1600 atas isi rumah B40, katanya di laman sosial tersebut.
Laporan Polis
Walaubagaimanapun, beliau telah membuat laporan polis terhadap insiden tersebut, yang menyatakan seorang individu telah menggunakan namanya tanpa kebenaran dan pengetahuan darinya untuk membuat dirinya sebagai pasangan nama individu tersebut.
Dalam satu kenyataan lain, wanita tersebut telah tampil dan menafikan yang beliau tidak melakukannya boleh rujuk ruangan komen lelaki tersebut. Kalau begitu adakah ianya satu kesalah dari sistem BPN LHDN sendiri atau sememangnya ic lelaki tersebut telah disalahgunakan? jawatapan tersebut masih berlu terjawab.
Last perkongsian lelaki tersbut, beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak suka-suka memberi ic/mykad kepada orang yang tidak dikenali atas tujuan untuk menyemak status atau sebagainya, takut akan datang maklumat kita disalahguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitannya boleh rujuk
- Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
- Alamat Emel: [email protected]